KUALA LUMPUR:Selepas hampir setahun pandemik COVID-19 melanda negara, pendidikan dilihat antara sektor yang memerlukan perubahan secara holistik termasuklah aspek sistem peperiksaan dan pensijilan, terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam menilai kemampuan pelajar.
Lebih 400,445 calon SPM tahun 2020 terkesan bukan sahaja persediaan pembelajaran tetapi juga emosi mereka apabila peperiksaan yang sepatutnya diduduki pada November tahun lepas terpaksa ditangguhkan kepada 22 Feb ini.
SPM, yang dikatakan sebagai penentu utama kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi, telah diperkenalkan dalam tahun 1964 dan kini semakin matang namun ramai berpandangan sistem penilaian pelajar yang sedia ada itu perlu berubah mengikut perkembangan teknologi masa kini.
Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Khodori Ahmad yang berpengalaman lebih 30 tahun berkhidmat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata sistem peperiksaan SPM yang telah berumur lebih 50 tahun itu wajar menjalani satu proses transformasi bersesuaian dengan perkembangan zaman khususnya perkembangan teknologi maklumat yang begitu laju.
"Sistem peperiksaan sedia ada telah melahirkan suasana 'penilaian berasaskan mata pelajaran' di sekolah yang sangat digusarkan oleh ramai pendidik. Melalui transformasi peperiksaan SPM ini, bukan sahaja kita akan memberikan peperiksaan yang kalis COVID, malahan kita boleh mengubah suasana di sekolah menjadi sistem penilaian yang menyokong potensi individu," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas tentang cadangan daripada ahli akademik dan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) agar penilaian pelajar dirombak termasuk peperiksaan utama SPM dengan Penilaian Berterusan Sekolah (PBS).
Khodori berkata peperiksaan SPM tidak boleh terus menggunakan kaedah yang sama sebagaimana diperkenalkan 50 tahun dulu tanpa mengubahnya kerana perlu bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Sekiranya kita tidak berubah dalam usaha mentransformasikan peperiksaan SPM, kita akan dilihat sebagai ketinggalan zaman sebab terus menggunakan cara tradisional, katanya.
Namun beliau mengingatkan sebarang usaha mengubah sistem peperiksaan SPM perlu dilakukan dengan berhati-hati dengan tahap keprofesionalan yang tinggi dan mereka yang dilibatkan dalam proses mengubah SPM harus dapat membezakan antara SPM sebagai pensijilan dan SPM sebagai peperiksaan.
"Pensijilan SPM yang menunjukkan tahap pencapaian pendidikan murid Tingkatan Lima perlu dikekalkan dan dipertahankan kerana sudah diiktiraf di seluruh dunia. Cadangan saya ialah kita transformasikan peperiksaan SPM tanpa mengubah status dan kedudukan pensijilan SPM," katanya.
Memperincikan cadangannya itu, Khodori berkata transformasi peperiksaan SPM boleh dilakukan dengan mengintegrasikan teknologi seperti CIB - Comprehensive Item Bank, LTDB Lifetime Database, OLTAS - On-line Test Administration System sebagai enabler.
Mengambil contoh kesan pandemik COVID-19 yang menyebabkan peperiksaan tertangguh kerana ditakuti pelajar akan terdedah kepada wabak apabila mereka berkumpul beramai-ramai di dalam dewan peperiksaan, katanya melalui transformasi itu, peperiksaan dalam bentuk digital boleh disediakan kepada para pelajar.
"Melalui pendigitalan ini peperiksaan boleh diambil melalui pendekatan multiple delivery. Tiada lagi peperiksaan serentak seperti yang diduduki calon SPM selama ini dan ia akan membantu pelajar terutama ketika berhadapan situasi pandemik seperti hari ini. Mereka mengambil peperiksaan secara berperingkat," katanya.
Jelas beliau lagi, menerusi pendekatan itu, perlunya satu kaedah untuk memastikan soalan-soalan yang berbeza itu mengukur perkara yang sama.
"Dengan kaedah itu, pelajar juga boleh menduduki peperiksaan pada bila-bila masa mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya, sambil menambah dengan pendigitalan peperiksaan SPM, tidak akan timbul kerisauan terhadap soalan bocor sebab calon tidak lagi menjawab soalan yang sama.
Khodori berkata transformasi itu akan memberi peluang untuk melebarkan cakupan peperiksaan yang menumpukan aspek intelek kepada aspek lain seperti jasmani, emosi dan rohani serta perubahan baharu itu juga akan memberi ruang kepada pelajar pengalaman menggunakan pelbagai instrumen baharu dalam bentuk digital yang serasi dengan Pendidikan Abad 21 dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam peperiksaan mereka.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Azlin Norhaini Mansor turut bersetuju agar peperiksaan SPM ditambah baik untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.
Menurutnya pendidikan dan pensijilan merupakan elemen penting dalam memastikan masa depan anak bangsa terus terpelihara dan maju terutama bagi keluarga berpendapatan sederhana atau miskin yang mengharapkan anak-anak meraih keputusan cemerlang dalam SPM untuk mengubah masa depan menjadi lebih baik.
Penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengurangkan subjek yang perlu diambil dalam SPM kerana jumlah lapan hingga 11 subjek dalam tempoh peperiksaan lebih kurang sebulan terlalu banyak dan berat kepada pelajar.
"Ini akan menjejaskan kefahaman selain menambah tekanan yang menyebabkan budaya menghafal dan belajar untuk peperiksaan. Habis sahaja exam mereka lupa semua yang dipelajari.
"Saya cadangkan semasa Tingkatan Empat, pelajar mungkin boleh mengambil lima subjek dan semasa Tingkatan Lima boleh ambil baki subjek lain seperti kaedah semester di universiti..semester 1 (Tingkatan Empat) dan semester 2 (Tingkatan Lima)," katanya, sambil menambah jika ada subjek yang gagal ketika semester pertama, boleh diulang semasa Tingkatan Lima.
Tegas beliau, SPM perlu terus kekal dan tidak boleh dibuat penilaian berasaskan sekolah kerana kita masih memerlukan satu sistem penilaian yang standard untuk semua pelajar.
"Jika tiada lagi sijil SPM, mereka yang berkemampuan boleh mengambil peperiksaan lain seperti General Certificate of Education (GCE) namun yang tidak berkemampuan akan sekadar berpuas hati dengan pengganti SPM (sebagai sistem penilaian pelajar dan pensijilan baharu) yang belum tentu masa depan dan kemampuannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
Selepas hampir setahun pandemik COVID-19 melanda negara, pendidikan dilihat antara sektor yang memerlukan perubahan secara holistik. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.