DUNIA
7 maut, 6 cedera kereta api langgar bas mini

Kemalangan berlaku apabila pemandu bas mini gagal berhenti di lintasan kereta api sebelum kenderaan berkenaan dilanggar oleh kereta api yang melalui kawasan itu. - Gambar hiasan
LUSAKA (Zambia): Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah kereta api melanggar sebuah kenderaan di Daerah Mpika, utara Zambia pada Sabtu, kata polis pada Sabtu, lapor Xinhua.
Timbalan Jurucakap Polis Godfrey Chilabi berkata kemalangan itu berlaku pada awal pagi Sabtu di lintasan kereta api.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kemalangan berlaku apabila pemandu sebuah bas mini gagal berhenti di lintasan kereta api sebelum kenderaan berkenaan dilanggar oleh kereta api yang sedang melalui kawasan itu.
Chilabi berkata tujuh orang, termasuk pemandu maut di tempat kejadian manakala enam lagi cedera."Siasatan sedang dijalankan. Kami menggesa semua pemandu dan pengguna jalan raya supaya berhati-hati apabila menghampiri lintasan kereta api," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami