awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraduan #HitzEhApaTu: Khadijah bawa pulang hadiah terkumpul RM28,600

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/03/2023
12:30 MYT
Peraduan #HitzEhApaTu: Khadijah bawa pulang hadiah terkumpul RM28,600
Khadijah membawa pulang hadiah wang terkumpul berjumlah RM28,600. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa tahu.
Itu ungkapan paling sesuai untuk pendengar Hitz FM bernama Khadijah yang memenangi peraduan teka bunyi #HitzEhApaTu pada pagi Jumaat.
Khadijah membawa pulang hadiah wang terkumpul berjumlah RM28,600.
Khadijah turut meluahkan impian mahu membawa keluarganya bercuti ke luar negara.
Menurutnya, dia bekerja keras mengumpul duit untuk merealisasikan hasratnya namun dengan durian runtuh itu, impiannya menjadi kenyataan dengan lebih cepat.
“Ibu bapa saya selalu menyatakan hasrat mahu melancong ke Thailand. Saya akan membawa mereka ke sana dan menempah hotel lima bintang.
“Terima kasih Hitz FM kerana memberikan hadiah RM28,600 untuk peraduan #HitzEhApaTu,” katanya selepas diumumkan sebagai pemenang.
Khadijah memenangi peraduan itu selepas berjaya meneka bunyi dimainkan penyampai Hitz FM.
Mencuba pada saat akhir, dia meneka jawapan itu adalah bunyi pita selofan yang telah direnyukkan.
Tekaan tepat, Khadijah bawa pulang hadiah terkumpul RM28,600
Topic Berkaitan
#HitzEhApaTu
#menang
#stesen radio
#impian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan