awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak berhasrat perluas penggunaan Starlink di kawasan pedalaman - Exco

Bernama
Bernama
01/09/2023
21:15 MYT
Perak berhasrat perluas penggunaan Starlink di kawasan pedalaman - Exco
Mohd Azlan berkata, penggunaan peranti mudah alih berupaya mewujudkan akses lebih luas serta pantas kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat. - Gambar fail/FB Fahmi Fadzil
KAMPAR: Kerajaan Perak berhasrat memperluaskan penggunaan peranti Internet Starlink, yang berperanan menyediakan kemudahan capaian jalur lebar lebih baik terutama di kawasan pedalaman di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi berkata, penggunaan peranti mudah alih, bukan sahaja mampu menyelesaikan isu capaian jalur lebar, malah berupaya mewujudkan akses lebih luas serta pantas kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat.
"Kita amat mengalu-alukan sekiranya Kementerian Komunikasi dan Digital mahu melakukan perbincangan bagi memperluaskan penggunaan Starlink, di kawasan luar bandar.
"Namun begitu, ada beberapa cabaran yang perlu dilihat, salah satunya kos dalam membiayai Starlink ini, kelajuan capaian Internet dan lain-lain, yang perlu diperhalusi," katanya selepas melancarkan laman sesawang Press Rider, Jabatan Kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, pada Jumaat.
Pada 24 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink, bagi membantu 435 penduduk Orang Asli Kampung Tonggang, Hulu Kinta mendapatkan kemudahan Internet stabil.
Sementara itu, Azlan berkata, sebanyak 105 menara telekomunikasi di bawah pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 yang sedang dalam proses pembinaan, dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini, di Perak.
Tambahnya, antara cabaran dihadapi bagi menyiapkan pemasangan kemudahan itu ialah isu pemilikan tanah dan beberapa masalah lain, yang memerlukan masa untuk diselesaikan.
"Kita juga sedar masih ada lagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan, yang kita angkat ke pihak kementerian. Kerjasama dengan Digital Perak dan pihak syarikat komunikasi dapat membantu mengatasi masalah di kawasan mereka," katanya.
Mengulas mengenai pelancaran laman sesawang Press Rider, Azlan berkata, ia merupakan satu usaha yang wajar diberikan pujian, kerana berperanan dalam menyampaikan berita berkualiti kepada para mahasiswa UTAR serta komuniti setempat.
"Dalam dunia yang semakin kompleks dan berubah dengan pantas, laman sesawang Press Rider pasti akan menjadi tonggak penting dalam penyampaian berita yang boleh dipercayai dan relevan.
"Saya berharap platform ini akan terus berkembang, memperkukuhkan integriti industri media dan memberi impak positif kepada masyarakat. Pelancaran laman sesawang ini hanyalah langkah awal dalam satu perjalanan kewartawanan digital yang menarik," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Starlink
#capaian jalur lebar
#akses lebih luas
#kawasan pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan