awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
Bintang ‘Ong Bak’ Tony Jaa dilapor bergelut dengan kanser pundi hempedu
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak bincang dengan Perhilitan cari jalan selesai konflik gajah, maanusia - Saarani

Bernama
Bernama
22/05/2025
13:45 MYT
Perak bincang dengan Perhilitan cari jalan selesai konflik gajah, maanusia - Saarani
Saarani berkata pihaknya mengambil serius mengenai pelbagai kejadian berkaitan gajah yang berlaku di sekitar laluan berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Kerajaan Perak akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri bagi mencari jalan penyelesaian terhadap konflik gajah dan manusia di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli sejak kebelakangan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya mengambil serius mengenai pelbagai kejadian berkaitan gajah yang berlaku di sekitar laluan berkenaan.
"Kita akan berbincang dan perlu belajar tingkah laku gajah ini sebab kebelakangan ini kelihatan gajah-gajah ini menyeberangi laluan itu secara berkumpulan... apa yang menyebabkan kawanan gajah ini kerap menyeberang laluan itu," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Wilayah Ekonomi Koridor Utama (NCER) Negeri Perak di sini hari ini.
Selasa lepas, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di KM11, JRTB Gerik-Jeli, dalam kejadian pada 8.15 malam.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata akibat kejadian itu kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan belakang serta di sisi kanan dan kiri, namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#NCER
#konflik gajah
#jalan penyelesaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan