Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemberian insentif itu sebagai menghargai kejayaan Jun Hoong yang telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan dunia itu di Budapest, Hungary pada 19 Julai lepas.
"Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberi ganjaran kepada Jun Hoong iaitu sebuah rumah, atas kejayaannya pada Sukan Olimpik Rio yang lalu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Jun Hoong memenangi pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dengan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).
Pada temasya Olimpik Rio 2016, Jun Hoong memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017
Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Perak hadiah RM25,000 kepada Jun Hoong
Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).