awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak hentikan pengeluaran lesen premis vape berkuat kuasa Khamis

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
14/01/2016
12:03 MYT
Perak hentikan pengeluaran lesen premis vape berkuat kuasa Khamis
Ketika ini, 23 premis mendapat kelulusan daripada PBT untuk melaksanakan perniagaan namun masih ada sekitar 100 peniaga vape di negeri Perak yang akan dipantau secara berkala. - fotoBERNAMA/Fail
Kerajaan Negeri Perak melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menghentikan pengeluaran lesen premis menjual produk cecair vape berkuat kuasa pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan kesihatan masyarakat.
Jelasnya, Kerajaan Negeri berpendirian tegas untuk mengambil keputusan itu berikutan risiko pelbagai penyakit yang berkait dengan produk vape termasuk e-rokok.
Menurut beliau, mana-mana individu yang menjual cecair mengandungi nikotin dan bahan memudaratkan akan dikenakan tindakan kerana ianya diklasifikasikan melanggar undang-undang.
Bagaimanapun buat masa ini, pihaknya akan menunggu kata putus daripada Kementerian Kesihatan terlebih dahulu.
Ketika ini, 23 premis mendapat kelulusan daripada PBT untuk melaksanakan perniagaan namun masih ada sekitar 100 peniaga vape di negeri Perak yang akan dipantau secara berkala.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Mohd Yunos Shaari berkata penjualan bahan yang mengandungi nikotin hanya layak dikendalikan oleh doktor atau ahli farmasi.
Ujarnya, menurut Akta Racun 1952, kegunaan nikotin yang sebenar adalah bagi tujuan terapeutik dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Badan Pengawalan Ubat-ubatan Malaysia sebelum dijual kepada khalayak ramai.
Topic Berkaitan
#cecair nikotin
#E-rokok
#jualan haram vape
#Kerajaan Perak
#peniaga vape
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan