ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2026.
Advertisement
1. Gunting rambut pesakit, “saham akhirat” buat Ezuan Husaini
Perasaan bersalah kerana menangguhkan permintaan untuk menggunting rambut neneknya lapan tahun lepas menjadi titik tolak perubahan kepada Ezuan Husaini Rosli sebagai pendandan rambut.
2. Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden - Polis
Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.
3. Bunuh lima sekeluarga: Semua jenazah dituntut selepas bedah siasat
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini dituntut keluarga untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat selesai kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.
4. Usaha perangi rasuah perlu dilaksana tanpa kompromi – Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah perlu dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor.
5. Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan yang mengatakan empat Bahagian parti itu iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan.
6. 11 bahagian Bersatu Johor umum bubar
Sebanyak 11 bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing susulan krisis dalaman parti yang melanda ketika ini.
7. Pasar Chow Kit sesak, pembeli serbu buat persiapan akhir Ramadan
Suasana di Pasar Chow Kit hari ini meriah dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan akhir menjelang ketibaan Ramadan, dengan kebanyakan peniaga melaporkan peningkatan pelanggan sejak awal pagi.
8. Kuota haji 1447H/2026M penuh, rayuan ditutup
Keseluruhan kuota haji negara bagi musim 1447H/2026M sebanyak 31,600 orang telah dipenuhi dan permohonan rayuan ditutup secara rasmi esok.
9. Jadikan Ramadan madrasah didik jiwa, elak pembaziran - TPM
Umat Islam di negara ini diseru memanfaatkan Ramadan 1447H sebagai "madrasah" untuk mendidik jiwa dan memperkukuh ketakwaan di samping mengamalkan kesederhanaan dengan mengelakkan pembaziran makanan.
10. KPM terus libat urus dengan pengusaha tadika, ibu bapa perjelas isu murid tahun satu
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta serta ibu bapa bagi memberikan penjelasan perkara berbangkit berhubung kemasukan murid tahun satu pada usia enam tahun.