Perak dan Perlis mula dilanda banjir hari ini manakala keadaan di Kelantan, Terengganu serta Pahang bertambah buruk dan keadaan baik dilaporkan di Sabah.
Di PERAK, sebanyak 170 mangsa banjir di kawasan Lenggong, Sungai Siput dan Ipoh dipindahkan di lima pusat pemindahan banjir setakat ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Baharum berkata kejadian banjir di Lenggong berpunca daripada pelepasan air daripada Empangan Kenering yang menjejaskan Kampung Sumpitan, Kampung Tampan Air dan Kampung Labik.
Di PERLIS pula, banjir yang melanda bahagian utara negeri itu menyebabkan 93 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan pagi tadi, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis.
Di KELANTAN, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat 1,550 orang kepada 22,259 orang petang ini berbanding 20,709 mangsa pada tengah hari tadi.
Menurut Portal Banjir kerajaan negeri Kelantan, mereka ditempatkan di 95 pusat pemindahan petang ini, meningkat 10 pusat pemindahan berbanding tengah hari tadi.
Jumlah mangsa banjir tersebut daripada sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, dengan Kota Baharu dibuka semula pusat pemindahan selepas ditutup malam tadi.
Helikopter terpaksa digunakan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Gua Musang dan Jeli hari ini.
Lima sungai di Kelantan masih mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Galas di Dabong, Gua Musang; Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang; Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah.
Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda apabila jumlah mangsa terjejas meningkat 672 orang daripada 11,731 orang pada tengah hari tadi kepada 12,403 orang melibatkan 2,966 keluarga yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan setakat pukul 4 petang ini.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mendahului dari segi mangsa iaitu 5,592 orang diikuti Kuala Terengganu 2,803 orang, Dungun 2,665 orang, Hulu Terengganu 648 orang, Besut 590 orang, Marang 94 orang dan Setiu 22 orang.
Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Sungai Dungun di Kuala Jengai, Sungai Berang di Kampung Menerong Hulu Terengganu, Sungai Besut di Kambung La, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Sunai Nerus di Kampung Langkap, Sungai Telemonong di Kuala Pinang Hulu Terengganu, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Kemaman di Jambatan Ban Ho, telah melepasi paras bahaya.
Di PAHANG, mangsa banjir meningkat hampir sekali ganda kepada 4,729 orang daripada 1,163 keluarga di enam daerah petang ini berbanding 2,555 orang daripada 598 keluarga tengah hari tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua daerah terbabit menunjukkan pertambahan bilangan mangsa banjir dengan daerah Kuantan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 2,704 orang daripada 708 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di Maran melibatkan 1,187 orang daripada 274 keluarga di 11 pusat pemindahan, Lipis (470 orang daripada 107 keluarga di 10 pusat), Rompin (227 orang daripada 50 keluarga di tiga pusat), Jerantut (113 orang daripada 18 keluarga di 10 pusat) dan Pekan 28 orang daripada enam keluarga di satu pusat), katanya kepada Bernama.
Katanya, beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis dan Jerantut-Kuala Tahan.
Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di empat batang sungai utama di Pahang masih kekal melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Sungai Pahang di Sungai Yap, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dan Sungai Kuantan Bypass.
Di SABAH, keadan banjir di Tenom bertambah baik apabila hanya tinggal 19 mangsa di pusat pemindahan petang ini berbanding 194 mangsa tengah hari tadi manakala di Beufort jumlah mangsa meningkat kepada 268 orang , pertambahan 70 orang daripada tengah hari tadi.
Jumlah korban banjir masih kekal empat orang setakat ini.
Bagaimanapun, mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika mandi di sungai di Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu 14 Dis ditemui di pesisir Pulau Kapas semalam (22 Dis).
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman pula dikhuatiri lemas di Kuantan hari ini selepas terjatuh di Sungai Lembing manakala mayat seorang lelaki yang hilang di Pantai Kampung Baru Gebeng di Kuantan ketika memancing Ahad lepas ditemui kira-kira 2.5km dari tempat kejadian, pagi tadi.
Bernama
Tue Dec 23 2014
Orang ramai terpaksa menggunakan bot sebagai medium pengangkutan untuk meneruskan perjalanan di Kelantan. - Foto BERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.