IPOH: Kerajaan Perak akan memperuntukkan RM1 juta bagi membantu kelangsungan hidup anak-anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, di bawah Program Teduhan Kasih Anak-anak Perak itu, peruntukan disalurkan bagi menampung sara hidup dan pendidikan anak-anak berkenaan sehingga mereka mencapai usia 21 tahun.
“Saya ingin menzahirkan rasa dukacita terhadap nasib 250 orang pelajar kita yang menjadi yatim dan yatim piatu disebabkan kematian ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19.
“Sebagai tanda simpati, kerajaan negeri akan mewujudkan Program Teduhan Kasih Anak-anak Perak dengan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menampung sara hidup dan pendidikan anak-anak ini sehingga berusia 21 tahun.
“Selain daripada itu, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan bulanan RM300 kepada penjaga anak yatim dan yatim piatu ini dengan menggunakan skim saham Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2022 yang bertemakan ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif’ di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Saarani berkata, bantuan Kad Perak Prihatin akan diteruskan pada tahun hadapan dengan peruntukan RM22.8 juta, dijangka memberi manfaat kepada 20,000 penerima dalam bentuk Kad Makanan dan Kad Kesihatan.
Jelas beliau menerusi inisiatif ini, bantuan Kad Makanan diteruskan pada kadar RM80 sebulan, manakala Kad Kesihatan pada kadar RM150 setahun kepada setiap penerima.
Pada masa sama, Saarani berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM0.5 juta bagi pelaksanaan Program Perak Children Community Feeding (PCCF).
“Kerajaan negeri menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memastikan anak-anak berusia enam bulan hingga enam tahun dalam kumpulan B40 mendapat nutrisi yang lengkap.
"Bagi tujuan itu, kerajaan negeri menyediakan RM0.5 juta bagi pelaksanaan Program PCCF," katanya.
Di samping itu, tambah Saarani, kerajaan negeri juga mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat dan orang perseorangan untuk sama-sama menjayakan program murni ini.
“Sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung PCCF yang akan diwujudkan kerajaan negeri mulai 1 Jan 2022,” tambah Saarani.
Amirrul Rabbani
Fri Dec 10 2021

Saarani membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2022 yang bertemakan Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI

Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban
Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.

Thailand siasat pesawat AirAsia mendarat di landasan salah
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.

WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim
Krisis di Ukraine menjadi ancaman lebih besar kepada unjuran sekuriti makanan global yang sedia ada sudah bermasalah.

Hawana 2022 berupaya tingkatkan dunia kewartawanan - Hussamuddin
Selain mengiktiraf peranan wartawan, sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 berupaya menjadikan dunia kewartawanan lebih profesional dan berintegriti.

WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik
Malaysia perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.

Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini.

WEF 2022: Cukai golongan jutawan untuk bantu wanita - Oxfam
Beliau menyatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina kini akan mengambil masa 136 tahun, dengan wabak COVID-19 menolak kemajuan yang sudah dicapai kepada jurang satu generasi.

Petronas galas tanggungjawab besar jadi pemangkin sumber tenaga hijau, mampan negara
Usaha progresif perlu diteruskan dalam membuktikan bahawa Malaysia mampu mencipta inovasi baharu di dalam sektor minyak dan gas global.
![AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968457/thumbnails/23375372161653398649242_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 7:45 bersama Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar. Tumpuan AWANI 7:45 malam ini: - Dengan kenaikan harga minyak, Malaysia perlu segera laksana subsidi bersasar. - Ladang ganja di belakang vila, bekas diplomat, anak lelaki ditahan. - Apa sudah jadi? SPRM kesan pembelian berkait COVID-19 terpalit rasuah.

KKM tidak terima notifikasi kes kanak-kanak dijangkiti cacar monyet
KKM tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang tular di media sosial.

Janna Nick bakal bina pusat tahfiz dengan kos pembinaan RM6 juta
Apabila sasaran kutipan berjaya diraih, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Raya yang suram bagi dua remaja kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
Sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai yang menyambutnya, kerana kini mereka dapat pulang ke kampung halaman bertemu orang yang dirindui.

Hasrat pakai sedondon dengan ibu bapa tak kesampaian
Hasrat lima beradik di Taman Sunggala di sini untuk memakai pakaian sedondon bersama ibu bapa tidak kesampaian selepas kedua-duanya meninggal dunia akibat COVID-19 tahun lalu.

Jariah Ramadan: Infaq pembangunan Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum (MAHWU)
Sempena 10 malam terakhir Ramadan yang masih berbaki, marilah kita sama-sama melakukan pecutan amalan berinfaq atau bersedekah bagi pembangunan Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum (MAHWU).

Agong, Permaisuri berkenan kurnia sumbangan kepada asnaf, anak yatim
Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada 127 asnaf dan anak yatim sekitar daerah Kuantan, dalam majlis ringkas.

Sumbangan baju raya ceriakan pelajar tahfiz
Projek Baju Raya Petron Wilayah Utara beri kegembiraan kepada pelajar tahfiz, anak yatim dan asnaf untuk menyambut Aidilfitri.

Jangan eksploitasi rumah anak yatim kutip derma Ramadan
Pihak tertentu digesa tidak mengeksploitasi nama rumah anak yatim bagi tujuan mengutip derma terutamanya pada bulan Ramadan.

13 tahun menghuni rumah anak yatim piatu, kini genggam PhD
Kisah beronak liku itu ditempuhi oleh Dr. Abdul Hadi Samsi bersama tiga lagi adik beradiknya.

Maut kerana RM4: Saya reda, harap berikan kemaafan buat arwah - Bapa mangsa
Qurbani Azhar menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya.

Maut kerana RM4: 'Arwah halalkan semua, lahir hasrat ke syurga' - Keluarga angkat
Arwah pernah menyuarakan hasrat untuk melangkah ke syurga apabila dilihat sering menghalalkan kesemua hutang rakan-rakannya.