awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak peruntuk RM2 juta bantu petani

Bernama
Bernama
15/02/2023
21:00 MYT
Perak peruntuk RM2 juta bantu petani
Mohd Zolkafly berkata RM1 juta, disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang. -Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), memperuntukkan RM2 juta bagi membantu 342 pesawah luar jelapang padi, menerusi dana bantuan infrastruktur dan pembangunan padi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata RM1 juta, disalurkan bagi program pinjaman usahawan padi dan RM1 juta menaik taraf infrastruktur sawah padi di luar jelapang.
"Ada petani yang diberikan bantuan pinjaman untuk membeli dron untuk tujuan membaja dan meracun, yang sememangnya berjaya menjimatkan masa sesuai perkembangan teknologi terkini.
"Kebanyakannya merupakan pengusaha padi di daerah Perak Tengah dan Kuala Kangsar, dan mereka merupakan antara penyumbang utama kepada keberhasilan sekuriti makanan di negara ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Dana Bantuan Infrastruktur dan Pembangunan Padi di samping melawat Pasar Tani Mesra di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini pada Rabu.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian Perak Norsiyenti Othman dan Ketua Pegawai Operasi PPPNP Mohd Kahar Mukktaruddin.
Bagi dana pinjaman, seramai sembilan pengusaha padi ditawarkan pinjaman berjumlah RM681,300 untuk pembelian dron, bateri pintar, mesin dan juga jentera.
Dana menaik taraf infrastruktur pula melibatkan 333 pesawah padi luar jelapang di daerah Perak Tengah dan Kuala Kangsar pula bagi kerja pembinaan parit ladang, kerja-kerja perataan dan pengapuran dengan keluasan 846 hektar.
Mohd Zolkafly berkata setakat ini bekalan makanan di Perak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan dan kerajaan negeri akan terus meningkatkan keberhasilannya selaras Pelan Perak Sejahtera 2030.
"Kita mahu pastikan akan ada pertambahan keberhasilan setiap produk yang kita hasilkan, agar dapat menyumbang kepada masyarakat bukan sahaja di Perak tetapi luar dari negeri ini," katanya.
Terdahulu Pasar Tani Mesra itu telah menyediakan hampir 2,000 ekor ayam yang dijual pada harga RM6 seekor, berbanding harga pasaran sekitar RM12.50.
Dalam masa sama pihak penganjur turut menjual 2,000 papan telur ayam gred A pada harga RM10, berbanding harga pasaran lebih RM13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petani
#PPPNP
#bantuan infrastruktur dan pembangunan padi
#Mohd Zolkafly Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan