awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak peruntuk RM300,000 untuk tangani lambakan durian

Bernama
Bernama
29/07/2021
06:28 MYT
Perak peruntuk RM300,000 untuk tangani lambakan durian
Inisiatif bantuan pembelian durian tersebut dilakukan terutamanya di kawasan sumber bekalan durian yang terjejas dengan PKPD. - Gambar hiasan
BAGAN SERAI: Kerajaan negeri Perak memperuntukkan RM300,000 untuk membeli durian bagi membantu pekebun yang terjejas dengan lambakan buah itu di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria.
Beliau berkata, langkah itu perlu kerana harga durian mengalami penurunan ketara selain setiap negeri mempunyai musim buah-buahan serentak menyebabkan peluang pasaran buah-buahan termasuk durian terjejas akibat kawalan pergerakan.
"Kita membantu pekebun dengan membeli buah-buahan itu (di beberapa lokasi) secara minimum kerana harga durian jatuh hingga RM1.50 sekilogram menyebabkan pekebun terjejas," katanya pada sidang media selepas menyerahkan kotak makanan kepada penduduk di Apartment Tropicana Bukit Merah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 17 Julai lepas hingga esok.
Razman berkata, inisiatif bantuan pembelian durian tersebut dilakukan terutamanya di kawasan sumber bekalan durian yang terjejas dengan PKPD.
Beliau berkata Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol juga akan membeli lima tan durian di beberapa kawasan seperti di Trong, Bukit Gantang untuk diedarkan di sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini bagi menghargai petugas barisan hadapan.
Sebelum ini dilaporkan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut membeli lapan tan durian di Ijok, Larut bagi mengatasi lambakan durian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Perak
#durian
#pekebun
#lambakan durian
#PKPD
#harga durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan