awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang haba landa selatan Australia, cetus amaran kebakaran belukar

Bernama
Bernama
07/01/2026
12:45 MYT
Gelombang haba landa selatan Australia, cetus amaran kebakaran belukar
Gelombang haba ekstrem melanda selatan Australia pada Rabu, dengan suhu di beberapa lokasi melonjak melebihi 40 darjah Celsius. - Gambar fail/hiasan
MELBOURNE: Gelombang haba ekstrem melanda selatan Australia pada Rabu, dengan suhu di beberapa lokasi melonjak melebihi 40 darjah Celsius, lapor Xinhua.
Di pusat bandar Melbourne, suhu mencecah 42 darjah Celsius pada petang Rabu, menjadikannya hari paling panas sejak Januari 2020.
Orang ramai berduyun-duyun ke pantai untuk menyejukkan diri, manakala Ambulance Victoria memaklumkan beban tugas mereka meningkat sebanyak 12 peratus pada Rabu.
Ambulance Victoria mengingatkan orang ramai supaya kekal terhidrat, mengelak keluar rumah pada waktu paling panas siang hari, serta menggunakan penyaman udara dan kipas jika perlu.
Sementara itu, penduduk di Bungil, Granya dan Thologolong, bandar kecil kira-kira 280 kilometer ke timur laut Melbourne, diarahkan berpindah atau berlindung berikutan ancaman kebakaran belukar berhampiran.
Amaran yang dikeluarkan menerusi perkhidmatan VicEmergency menyatakan kebakaran di timur tiga bandar itu berada di luar kawalan dan berpotensi menjejaskan harta benda.
Chris Hardman daripada Forest Fire Management Victoria dalam satu sidang media pada petang Rabu berkata lebih 300 anggota bomba dan kira-kira 12 pesawat dikerahkan untuk mengawal kebakaran itu, yang telah memusnahkan kira-kira 1,000 hektar kawasan.
Satu lagi amaran berasingan bagi bandar Longwood, Longwood East, Ruffy, Tarcombe dan Upton Hill, kira-kira 120 kilometer ke utara Melbourne, menyatakan kebakaran belukar di Longwood sedang bergerak ke arah tenggara dan sudah terlambat untuk penduduk meninggalkan kawasan itu dengan selamat.
Penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya segera berlindung di bilik yang mempunyai dua pintu keluar serta menutup semua pintu, tingkap dan lubang udara di bahagian luar.
Jason Heffernan daripada Country Fire Authority pada Rabu berkata pihak berkuasa menjangkakan keadaan kebakaran berada pada tahap "amat ekstrem tertinggi" di seluruh Victoria pada Jumaat, apabila suhu sekali lagi diramalkan mencecah 40 darjah Celsius.
Ia dijangka menjadi gelombang haba terburuk sejak kebakaran belukar "Black Summer" 2019-20 yang antara lain meragut 33 nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#Australia
#suhu panas
#Ambulance Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan