awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak rekod 1,213 kes demam denggi, satu kematian

Bernama
Bernama
31/07/2025
14:45 MYT
Perak rekod 1,213 kes demam denggi, satu kematian
A. Sivanesan (tengah) bergambar bersama kakitangan klinik selepas Majlis Pra Pelancaran CCMS di Klinik Kesihatan Buntong hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Sebanyak 1,213 kes demam denggi dengan satu kematian direkodkan di Perak setakat 26 Julai lepas, menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A Sivanesan berkata jumlah itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 5,058 kes dan sembilan kematian dalam tempoh sama tahun lalu.
"Seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia akibat demam denggi pada 23 Jun lalu di Kawasan Perindustrian Tasek, daerah Kinta," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Sistem Pengurusan Digital Berasaskan Awan (CCMS) di Klinik Kesihatan Buntong di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan memaklumkan sebanyak 16 Klinik Kesihatan di negeri ini dikenal pasti bagi pelaksanaan CCMS tahun ini.
Antara klinik terlibat ialah Klinik Kesihatan Buntong, Jelapang dan Greentown di daerah Kinta; serta Klinik Kesihatan Simpang dan Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama.
Sivanesan berkata pembekalan peralatan infrastruktur teknologi maklumat (ICT) bagi menyokong operasi operasi sistem CCMS sudah diagihkan sepenuhnya kepada semua 16 klinik berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klinik kesihatan
#ccms
#Teknologi Maklumat
#demam denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan