IPOH: Kerajaan negeri akan menyediakan dan menambah baik kemudahan serta infrastruktur di kawasan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamed.
Katanya, ini susulan perpindahan operasi syarikat automatif Proton secara sepenuhnya dari Shah Alam ke Tanjung Malim menjelang 2027, selain mengalu-alukan pelaburan industri automatif dari China di lokasi berkenaan.
Saarani berkata antara yang dirancang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan sekolah baharu.
"Tumpuan akan diberikan kepada penyediaan infrastruktur diperlukan bagi menampung jumlah pekerja yang akan datang ke Tanjung Malim, AHTV di Tanjung Malim bakal mewujudkan bandar baharu, meningkatkan ekonomi domestik dengan menarik syarikat runcit untuk beroperasi di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Juadah Raya Kerajaan Negeri Perak Kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Malaysia memperoleh RM32.5 bilion pelaburan membabitkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini.
Jumlah pelaburan itu merangkumi dua syarikat China menerusi syarikat automotif, Geely untuk kenderaan elektrik (EV) dan DC-Sciences Co Ltd (DCS) melibatkan pusat data.
Sementara itu, Saarani berkata kerajaan negeri juga telah memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk menambah lebih banyak sekolah di daerah Muallim.
"Bayangkan jika terdapat 7,000 pekerja dengan 7,000 keluarga dan mereka mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak dan kita akan mempunyai 21,000 kanak-kanak bersekolah, bancian akan dijalankan untuk mendapatkan angka tepat dan mencadangkan tapak sesuai untuk pembinaan sekolah terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Usaha itu antara lain susulan perpindahan operasi syarikat automatif Proton secara sepenuhnya dari Shah Alam ke Tanjung Malim menjelang 2027. - Gambar/ FB Proton Cars
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Polis giat cari tiga individu bantu siasatan kes samun di Tanjung Malim
Polis sedang mengesan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah rumah di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim, semalam.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Enggan jual minyak masak paket, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 52 kilogram minyak masak paket bersubsidi di sebuah premis di Tanjong Malim semalam.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.
Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.