awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak sentiasa tingkatkan Tanah Rizab Melayu - Saarani

Bernama
Bernama
30/03/2023
12:03 MYT
Perak sentiasa tingkatkan Tanah Rizab Melayu - Saarani
Sejumlah 953,075.79 hektar Tanah Rizab Melayu direkodkan PTG Negeri Perak pada tahun lepas. - Gambar fail/ Sinar Harian
IPOH: Kerajaan Perak sentiasa berusaha meningkatkan keluasan Tanah Rizab Melayu hingga 50 peratus di negeri itu seperti yang dinyatakan dalam tujuh wasiat Raja-Raja Melayu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata sejumlah 953,075.79 hektar Tanah Rizab Melayu direkodkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak pada tahun lepas.
"Bagaimanapun, terdapat keluasan tanah tertentu yang mungkin terpaksa dibatalkan status Tanah Rizab Melayu atas sebab pembangunan seperti hendak bina hospital atau sekolah. Jadi, bukan sewenang-wenangnya kita boleh batalkan (pewartaan Tanah Rizab Melayu)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Edaran Bubur Lambuk anjuran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Perak dan Pengakap Malaysia di sini hari ini.
Menurut Saarani pada masa ini, PTG sedang dalam proses mewartakan kawasan seluas 996.04 hektar lagi sebagai Tanah Rizab Melayu dan jika diluluskan ia akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi menguruskannya.
Terdahulu, pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar pada 2021 kepada 716,537.28 hektar tahun lepas.
Nik Nazmi berkata pihaknya merekodkan data keluasan ini berdasarkan kepada kutipan data daripada Pihak Berkuasa Negeri di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#tanah rizab
#Hospital
#sekolah
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan