awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/10/2024
01:40 MYT
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Di Muallim, seramai 74 mangsa banjir dari 19 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Kuala Slim setakat jam 8 pagi ini. - Foto APM Perak
IPOH: Perak Tengah menjadi daerah terbaharu di Perak yang dilanda banjir apabila beberapa buah rumah di Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu di Bota, dinaiki air.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu adalah sebuah kampung yang masih memelihara dan mempertabatkan warisan budaya Melayu Perak.
Menurut jurucakap itu lagi, jumlah mangsa banjir di lima daerah di Perak meningkat sedikit kepada 1,088 orang daripada 363 keluarga setakat jam 8 pagi ini, berbanding 1,066 orang daripada 358 keluarga tengah malam tadi.
“Kuala Kangsar masih mencatat bilangan mangsa tertinggi dengan 728 mangsa daripada 260 keluarga yang masih berlindung di tiga buah PPS.
“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah menempatkan 187 orang, Dewan Pandak Hamid, PPS Pusat Sehenti Orang Asli Bawong (332) dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT (209),” katanya.
Di Kerian pula, ujarnya, masih terdapat 104 orang mangsa dari 34 keluarga berlindung di dua PPS iaitu di SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.
Di Muallim, seramai 74 mangsa banjir dari 19 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Kuala Slim manakala di Hilir Perak pula, masih terdapat 103 mangsa dari 33 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#Perak
#Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan