awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tidak halang penjawat awam bermain golf - Zambry

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/01/2017
10:16 MYT
Perak tidak halang penjawat awam bermain golf - Zambry
Zambry berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membendung aktiviti rasuah seperti itu. - Gambar fail
Kerajaan negeri Perak tidak akan menghalang penjawat awamnya untuk bermain golf atau sebarang aktiviti sukan yang lain bersama pihak-pihak tertentu.
Namun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan penjawat awam wajib memastikan sebarang aktiviti yang dilakukan bersama sesiapa sahaja, tidak akan mempengaruhi apa-apa tindakan atau keputusan membabitkan urusan kerajaan negeri.
"Bagi saya permainan apa sekali pun, bukan hanya golf tapi sebarang permainan yang menjurus kepada amalan-amalan tidak baik dan dijadikan tempat untuk mendapat sesuatu, menggunakan kesempatan-kesempatan itu untuk 'favouritism' daripada seseorang, maka tidak boleh.
"Macam saya bermain bola sepak, kalau ada orang gunakan bola sepak untuk taja itu ini, bagi jersi…tetapi selepas itu hantar permohonan minta dekat saya, maka itu salah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membendung aktiviti rasuah seperti itu.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam iaitu penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan seperti permotoran, namun ia perlu dilakukan sebagai hobi, tanpa melibatkan pihak berkepentingan seperti kontraktor.
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#bermain golf
#KSDN
#Menteri Besar Perak
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan