awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/03/2023
09:04 MYT
Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City
Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji pembangunan yang perlu ekoran perpindahan 4,000 lagi pekerja kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim. - Gambar/ Astro AWANI
TANJUNG MALIM: Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan mengkaji pembangunan yang perlu ekoran perpindahan 4,000 lagi pekerja kilang Proton di Shah Alam ke Tanjung Malim.
"Antaranya, keperluan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, keperluan untuk menyediakan sekolah yang mencukupi dan selesa.
"Kita sentiasa mengadakan mesyuarat, berkolobarasi dengan pentadbiran ini dan juga dengan Pegawai Daerah Muallim dan juga Yang Dipertua Majlis Daerah supaya jangan nanti menjelang 2027 dilihat macam tak bersedia," katanya.
Beliau ditemui selepas melawat Kilang Proton Tanjung Malim dan Perasmian Fasiliti Terbaharu Kilang Enjin dan Kilang Penghentakan Badan Kereta di Kawasan Perindustrian Proton City, pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar.
Menurutnya, setakat ini, kilang Proton di Tanjung Malim mempunyai kira-kira 3,000 pekerja.
Katanya, dengan perpindahan 4,000 lagi pekerja Proton dari Shah Alam, penduduk sekitar Muallim dijangka bertambah kira-kira 50,000 orang.
Topic Berkaitan
#Proton City
#Proton
#Proton X90
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan