awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tutup 27 anak syarikat yang membebankan PKNPk

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/01/2023
06:50 MYT
Perak tutup 27 anak syarikat yang membebankan PKNPk
Kerajaan negeri Perak telah menutup 27 buah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang menjadi beban kepada syarikat induk itu setakat ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail
IPOH: Kerajaan negeri Perak telah menutup 27 buah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) yang menjadi beban kepada syarikat induk itu setakat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia selaras dengan unjuran agar anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dapat memberi sumbangan RM100 juta kepada kerajaan negeri menjelang 2030.
Jelasnya, anak-anak syarikat itu ditutup kerana tidak menunjukkan prestasi yang baik, tiada perniagaan dan tidak dapat memberi sumbangan balik kepada kerajaan negeri, sebaliknya, membebankan syarikat induk.
“Kita nak beri peluang kepada syarikat induk untuk betul-betul ada perniagaan, bukan setakat mewujudkan anak syarikat,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran projek Piccadilly @ Greentown, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai projek perumahan terbengkalai di Perak, Saarani berkata, ada beberapa syarikat yang tidak dapat meneruskan projek mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.
Menurut Saarani, ia berlaku ekoran beberapa masalah yang dihadapi seperti lonjakan kenaikan harga bahan binaan dan ketiadaan pekerja.
Bagaimanapun, beliau percaya Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mempunyai perancangan untuk mencari jalan penyelesaian.
Dalam masa sama, katanya, kerajaan negeri melalui Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching akan bekerjasama dengan kementerian untuk mendapatkan semula peruntukan bagi meroboh dan membina semula beberapa flat usang di sekitar Ipoh.
Katanya, peruntukan tersebut telah diluluskan sebelum ini tetapi pelaksanaannya tertangguh ekoran pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Perak
#Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
#27 anak syarikat
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan