awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan

Aida Aziz
Aida Aziz
15/08/2022
03:15 MYT
Perakuan semula Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan
Nolee Ashilin (depan, dua, kanan) hadir bagi merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
IPOH: Geopark Lembah Kinta telah diperakukan semula sebagai Geopark Kebangsaan bagi tempoh lima tahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Menurutnya, perakuan semula itu dibuat pada 20 Jun lalu oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan bagi sesi 2021-2025.
Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapat kembali pengiktirafan tersebut dan antara cabaran utama ialah geopark itu sendiri terletak di dalam bandar raya Ipoh.
"Antara cabarannya ialah, kita mempunyai bandar raya dalam geopark itu sendiri. Kebanyakan geopark tidak ada bandar raya, kecuali pekan kecil dan sebagainya. Itu salah satu keunikan Geopark Lembah Kinta.
"Tetapi, itu juga bermaksud pembangunan perlu dirancang selari dengan usaha memastikan geopark yang telah kita iktiraf, dan akan diiktiraf kemudian juga, dipelihara dan dipulihara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Reskill dan Upskill Kursus Asas dan Lanjutan Jurupandu@Geoguide Geopark Lembah Kinta, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Nizarul Ikram Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.
Tambah Nolee Ashilin, amat penting untuk mewujudkan satu pelan pengurusan geopark yang lebih menyeluruh.
"Saya difahamkan oleh Perbadanan Taman Negeri bahawa mereka masih lagi dalam proses menghasilkan satu pelan pengurusan konservasi.
"Ia bagi memastikan Geopark Lembah Kinta ini akan dapat mengekalkan tapak sedia ada, tetapi dalam masa sama, tidak mengekang aktiviti ekonomi yang dibenarkan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Geopark Kebangsaan
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#Perbadanan Taman Negeri
#Geopark Lembah Kinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan