awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan kuasa perlu dibincangkan secara dalaman - Guan Eng

Bernama
Bernama
22/01/2020
21:30 MYT
Peralihan kuasa perlu dibincangkan secara dalaman - Guan Eng
Lim bercakap pada sidang media sempena pelancaran Inisiatif E-Tunai Rakyat bersama tiga syarikat pengendali E-Tunai iaitu Touch & Go, Boost dan Grab di Putrajaya pada Rabu. - Foto BERNAMA
Perbincangan berhubung peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri perlu dilakukan secara dalaman, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
"Percakaran secara terbuka akan hanya memanfaatkan pihak lawan kita. Jadi mari kita tumpu pada pentadbiran dan isu ini akan diselesaikan secara dalaman," kata Lim, yang juga Menteri Kewangan ketika ditanya tentang gesaan berulang berhubung peralihan kuasa.
Ditanya jika terdapat tempoh masa ditetapkan untuk peralihan kuasa itu, Lim berkata: "Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) telah menetapkan tempoh masa. Pastinya Majlis Presiden Pakatan Harapan akan adakan mesyuarat, saya pasti tarikh akan ditetapkan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai. "
Lim berkata demikian apabila ditemui pemberita selepas melawat IOI City Mall di sini, pada Rabu, bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat.
BACA: Hormati konsensus, jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar
Sementara itu berhubung langkah Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (MPC) untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, Lim berkata bank pusat itu merupakan institusi bebas dan ia telah menyatakan sebabnya.
"Secara umumnya Bank Negara Malaysia berkata ia adalah untuk melindungi pertumbuhan ekonomi. Kami sentiasa menumpukan pada pertumbuhan ekonomi dan juga mahu mengurangkan kos perniagaan, dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang kami mahu capai pada 2020," katanya.
Pada Rabu, OPR dikurangkan kepada 2.75 peratus, kadar terendah sejak 2011, dan ahli ekonomi terkejut dengan langkah itu berikutan menjangkakan MPC akan mengekalkan OPR pada tiga peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#e-Tunai Rakyat
#ekonomi
#jawatan perdana menteri
#kadar dasar semalaman
#Lim Guan Eng
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#OPR
#Pakatan Harapan
#peralihan kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan