KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) susulan peralihan monsun yang bermula pada Mac hingga Mei ini.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata masyarakat perlu lebih berwaspada kerana sebarang perubahan cuaca seperti hujan lebat dan ribut boleh membawa kepada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh.
"Berbeza dengan Monsun Timur Laut, perubahan cuaca semasa peralihan monsun berlaku di luar jangkaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei yang membawa hujan lebat berserta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Menurut Aminurrahim sepanjang Monsun Timur Laut yang bermula pada 11 Nov hingga penghujung Mac lepas seramai 92,534 mangsa banjir ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara selain merekodkan empat kematian.
Dalam pada itu, Aminurrahim berkata seramai 1,416 anggota APM bertugas dalam Op Prihatin di seluruh negara sempena Aidilfitri bermula semalam bagi membantu orang ramai yang menghadapi kesukaran.
Beliau berkata operasi itu akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama pada 5 hingga 9 April dan fasa kedua pada 12 hingga 14 April.
Skop penugasan anggota, katanya antaranya memberi khidmat nasihat berkaitan ilmu pertahanan awam kepada komuniti, khidmat kemanusiaan seperti kejadian pokok tumbang, kemalangan jalan raya dan pembaikan kerosakan kecil.
"Anggota ini akan ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti di hentian rehat, pusat beli-belah dan persisiran pantai selain melakukan rondaan di jalan utama negeri dan persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei yang membawa hujan lebat berserta angin kencang. - Gambar hiasan/Bernama
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.