awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perampas MT Orkim Harmony di fasa akhir untuk ekstradisi

Astro Awani
Astro Awani
07/09/2015
10:32 MYT
Perampas MT Orkim Harmony di fasa akhir untuk ekstradisi
kerajaan Malaysia kini dalam proses memohon suspek utama perampas kapal MT Orkim Harmony itu untuk diekstradisi ke negara ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini di peringkat akhir dalam proses mengekstradisi dalang perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony untuk dibicarakan di negara ini.
Sebelum ini, Tentera Laut Indonesia berjaya menangkap seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai menjadi dalang kes rampasan kapal tangki itu pada Jun lalu, dikenali sebagai Albert Yohanes.
Menurut Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish, kerajaan Malaysia kini dalam proses memohon suspek utama perampas kapal itu untuk diekstradisi ke negara ini.
"Hanya sekarang ia telah rasmi, kita mahu menjadikan ianya rasmi dengan pihak Vietnam dan juga pihak Indonesia samada perlu membawa ekstradisi itu ke Malaysia supaya perbicaraan dapat dilakukan di sini (Malaysia)," kata Mohd Amdan ketika ditemui di sini, pada Isnin.
Bagaimanapun, kerajaan Vietnam masih belum memberi kata putus berhubung hal berkenaan disebabkan ia membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Vietnam dan Indonesia.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan Persaraan beliau di Akademi Maritim Malaysia Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng.
MT Orkim Harmony dilaporkan hilang pada pertengahan Jun lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal tangki yang dimiliki Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Mohd Amdan Kurish
#MT Orkim Harmony
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan