awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo

Bernama
Bernama
21/04/2024
07:02 MYT
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Teo Nie Ching pada sidang media selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia di Fraser Place, Puteri Harbour hari ini. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata penambahbaikan itu, melibatkan pelbagai platform media sama ada arus perdana atau media sosial.
"Kita selalu ada ruang untuk tambah baik, kita pun perlu akui bahawa zaman sudah berubah, dahulu rakyat bergantung kepada media arus perdana sebagai sumber rujukan, tetapi kini media sosial juga menjadi antara sumber maklumat mereka.
"Cabarannya termasuk semua pihak boleh jadi pencipta kandungan. Jadi walaupun RTM dan Bernama masih meneruskan kerja mereka, tetapi mungkin audiens yang mereka dapat adalah kurang berbanding dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak termasuk pembangkang, mengenai kelemahan komunikasi Kerajaan Perpaduan dalam memainkan peranan mereka.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata bagi menjelaskan polisi dan hala tuju kerajaan secara terus kepada rakyat, jemaah menteri telah membuat keputusan supaya Menteri dan Timbalan Menteri lebih kerap turun padang untuk bertemu rakyat, di pelbagai peringkat.
"Sebagai contoh berhubung isu rasionalisasi subsidi diesel, apabila rakyat dengar perkara ini sudah tentu mereka tidak suka, namun setelah diberi penjelasan mereka akan faham mengapa kerajaan berbuat demikian.
"Oleh itu, saya harap rakyat akan terus menyokong kerajaan kerana perancangan yang kita buat impak positifnya bukan hanya waktu sekarang, tetapi dalam tempoh lima, 10 atau 15 tahun akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi a
#menyampaikan maklumat
#Kerajaan Madani
#Teo Nie Ching
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan