CYBERJAYA: Peranan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan distrukturkan semula dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan skala perusahaan bumiputera yang berdaya saing, termasuk meningkat daripada perusahaan kecil kepada sederhana.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.
"Kita sekarang sedang melalui proses untuk menetapkan dan menyelaraskan kembali fungsi Teraju dalam keseluruhan ekosistem pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
"Sebabnya kita ada banyak (agensi yang membantu perniagaan Bumiputera), ada Majlis Amanah Rakyat, SME Corporation Malaysia, jadi kita nak pastikan supaya Teraju itu betul-betul fokus dan tidak ada pertindihan dengan agensi kerajaan yang lain," katanya ketika ditemui pemberita semasa Hari SUPERB Networking, di sini, pada Khamis.
Rafizi berkata, penstrukturan semula fokus dan peranan Teraju adalah sebahagian daripada persediaan untuk dasar baharu mengenai Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera tahun hadapan.
"Kita berharap Teraju dapat memainkan peranan utama dengan memberi tumpuan menskalakan perusahaan Bumiputera sebab antara masalah utama dalam ekonomi kita ada banyak syarikat tapi di peringkat itu sahaja, untuk meningkat daripada saiz mikro atau kecil ke sederhana pun payah.
"Jadi, antara fungsi yang kementerian sedang berkerjasama dengan Teraju adalah untuk membina kepakaran supaya syarikat Bumiputera dapat diskalakan. Kita sedang bangunkan program khusus untuk menskalakan perniagaan Bumiputera," katanya.
Teraju yang ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan menerajui, menyelaras dan memacu agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan kumpulan berkenaan dalam ekonomi negara. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Rafizi berkata, penstrukturan semula fokus dan peranan Teraju adalah sebahagian daripada persediaan untuk dasar baharu mengenai Bumiputera yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera tahun hadapan. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.
Keberkesanan Teraju diteliti semula - Rafizi
Teraju dan agenda bumiputera sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk organisasi ini bagi 2023.
Syarikat tempatan digesa manfaatkan peluang di semua rantaian pelaksanaan 5G - Teraju
Teraju mengesa syarikat telekomunikasi tempatan untuk memanfaatkan peluang di sepanjang rantaian dalam pelaksanaan kemudahan 5G di Malaysia.
ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40
Sehingga kini hanya 567,956 orang daripada kumpulan B40 telah menyertai dalam program itu.
KITA PRIHATIN: Penternak tiram di Tuaran nikmati faedah
Penternakan tiram antara sektor yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi masyarakat setempat di Tuaran, Sabah.
Kerajaan komited jadikan Bumiputera bangsa usahawan - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited memupuk budaya keusahawanan secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi.
DKB: Teraju mohon dana tambahan RM10 bilion menerusi RMK-12
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md Silmi Abd Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi sebanyak RM2 bilion sebagai bajet tahunan dalam tempoh lima tahun.
Teraju sedia peruntukan RM100 juta untuk DKB
Mohd Redzuan berkata, sektor keutamaan tambahan lain di Wilayah Koridor pula meliputi minyak dan gas, logistik serta ruminan di Sabah dan Sarawak.
Teraju bantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor - Mustapa
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan membantu usahawan bumiputera dalam pelbagai sektor yang diceburi mereka, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Agensi Pembangunan Strategik dicadang ganti Teraju - Mukhriz
Mukhriz berkata ia akan melakar strategi melaksana agenda bumiputera lebih baik daripada kerajaan terdahulu.