Peranan UDA Holdings Berhad (UDA) yang sentiasa memastikan fungsi dan peranannya seiring hasrat kerajaan menjadikan keusahawanan sebagai antara agenda utama negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, UDA juga berperanan mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara inklusif, seimbang dan mampan.

"UDA iaitu antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa memastikan fungsi dan peranannya seiring agenda kerajaan memastikan keutamaan dalam sektor keusahawanan.

"Semoga UDA terus utuh dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dengan memajukan urbanisasi di seluruh negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu selepas mengadakan lawatan rasmi buat pertama kali ke bangunan UDA pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd Salem Kailany Berhad menyampaikan taklimat pada sesi lawatan itu.

Hadir sama, Timbalan Menteri MEDAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi UDA Holdings, Datuk Jalaluddin Alias.

Beliau berkata, UDA sudah membentuk dan memodenkan Lembah Klang, Wilayah Utara, Selatan dan Timur tanah air selama lebih empat dekad bermula pada 1971.

UDA merupakan syarikat pegangan milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996.

Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan.