Perang bendera parti-parti politik telah bermula di negara ini meskipun tarikh pilihan raya umum masih menjadi tanda tanya.

Tinjauan Astro Awani sekitar ibu kota mendapati bendera-bendera Barisan National (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) banyak dikibarkan terutamanya di kawasan-kawasan yang sibuk dan kawasan perumahan seperti Jalan Genting Kelang dan Lembah Pantai.

bendera
Bendera-bendera yang telah dinaikkan di Lembah Pantai

Persoalannya adakah patut bendera-bendera ini diterbangkan sebelum kempen pilihan raya bermula? .

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz berkata kempen rasmi hanya akan bermula selepas penamaan calon dan akan berlangsung sehingga tengah malam sebelum hari mengundi.

flag

“Oleh sebab itu, SPR tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekarang. Pada ketika ini, hanya pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan,” kata beliau.

Bila ditanya badan manakah yang bertanggungjawab untuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan bendera-bendera tersebut, Abdul Aziz berkata arahan sedemikian tidak perlu.

“Itu adalah tanggunjawab pihak berkuasa tempatan di bawah undang-undang yang sedia ada. Tetapi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhak untuk meningatkan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata pihak berkuasa tempatan sepatutnya menggunakan pertimbangan mereka sendiri untuk mengambil tindakan terhadap bendera parti-parti politik.

flag
Kawasan perumahan menjadi tempat utama di mana bendera-bendera ini jelas kelihatan

“Kementerian sudah memaklumkan pihak berkuasa tempatan untuk lebih berhati-hati semasa menurunkan bendera-bendera tersebut.

“Sekiranya mereka merasakan bendera-bendera itu menganggu orang awam, maka, mereka patut menurunkan semua bendera tanpa mengira parti.

“Kalau nak turunkan, turunkan semua sekali. Kalau bendera-bendera itu tidak menganggu sesiapa, tidak mengapa.

“Kita harus membuat pertimbangan sendiri,” kata beliau.