SESI berbalas kenyataan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, nampaknya masih berterusan.
Terbaharu, Najib menjawab komen Guan Eng berhubung isu kuih pau dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang hangat diperkatakan semalam.
Kata Najib, beliau tidak faham mengapa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu dimansuhkan dan digantikan dengan SST jika harga barangan tetap tidak mampu diturunkan.
"Bukankah Guan Eng pernah kata beberapa kali bahawa cukai SST hanya dikenakan pada pengilang sahaja dan bukan pengguna.
"Saya bukan pengilang, mengapa saya kena cukai 6 peratus pula?" soal Najib dalam entri di Facebooknya.
Najib juga mempertahankan GST dengan berkata ia diiringi dengan BR1M yang nilainya semakin meningkat, selain peniaga yang mengelak cukai dan ekonomi gelap tidak dapat lari daripada menjalankan tanggungjawab.
"Dengan SST, BR1M semakin turun sehingga dimansuhkan, bantuan lain disekat, gaji dan bonus penjawat awam tak naik atau dibatalkan," tulis Najib lagi.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut mempersoalkan harga minuman yang dikenakan seperti yang tercatit dalam resit itu.
"Saya minum teh o ais limau di sana. Mengikut jadual SST yang terbaru, cukai jualan ke atas teh o ais limau ialah 10 peratus, bermakna apabila kedai itu beli teh o ais limau dari pengilang, cukai 10 peratus sudah termasuk secara tersembunyi dalam harganya.
"Bermakna dengan tambahan 6 peratus dikenakan kedai itu, saya membayar 10 + 6 peratus cukai, lebih tinggi dari GST 6 peratus," katanya.
Semalam, Najib mempersoalkan tentang SST yang dikenakan di kedai makanan seperti kedai kuih pau di Tanjung Malim yang dikunjungi, sambil berkongsi resit pembeliannya yang memaparkan jumlah cukai yang dikenakan.
Dalam reaksinya, Guan Eng berkata kenyataan Najib itu bersifat hipokrit sebagai percubaan untuk menjadi hero dan menutup keadaan ekonomi negara.
Madiha Abdullah
Tue Sep 11 2018
Selepas pau, Najib mempersoalkan harga minuman yang dikenakan, seperti yang tercatit dalam resit itu. -Facebook Najib Razak
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.