PUTRAJAYA: "Peperangan masih berjalan dan warga Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan pertahanan terakhir bagi memutuskan rantaian COVID-19. Semoga terus berikhtiar dan cuba sedaya upaya bagi membebaskan negara daripada pandemik ini."
Itu antara pesanan yang dititipkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada warga kerja KKM ketika mengadakan sesi tinjauan di Hospital Putrajaya pada hari pertama Aidilfitri, di sini.
Ia merupakan rutin lazim Dr Noor Hisham pada setiap Hari Raya Aidilfitri bagi menyantuni warga KKM sebagai tanda sokongan kepada barisan petugas hadapan kesihatan.
"Petugas kesihatan telah 'berperang' untuk tempoh yang amat panjang, iaitu hampir 16 bulan. Kebanyakan kita telah pun lesu dan juga (letih) dari segi mental dan fizikal, tapi kalau kita tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, maka ramai komuniti akan dijangkiti virus itu," katanya kepada media selepas sesi tinjauan terbabit.
KKM juga, kata beliau, telah bersiapsiaga dengan penyediaan peralatan dan fasiliti kesihatan bagi menghadapi pandemik COVID-19 ditambah lagi jenis varian baharu virus yang dikenal pasti dalam negara.
Dr Noor Hisham mengulangi peringatan mesranya iaitu supaya rakyat sentiasa duduk rumah sekiranya tiada urusan penting dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau yang lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu lembut meluangkan masa kira-kira setengah jam di hospital berkenaan.
Sementara itu, seorang penolong pegawai perubatan di hospital berkenaan, Mohamad Zahir Omar, 27, berkata, biarpun sedih tidak dapat beraya di kampung, namun bersyukur diberi kesempatan berbakti kepada negara dan rakyat pada hari bermakna ini.
"Ini musim pandemi, dan menjadi tanggungjawab saya agar menjalankan tugas yang terbaik dalam memastikan kesihatan rakyat terbela," kata anak bongsu daripada enam beradik itu yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.
Penyelia jururawat, Kamsiyah Krosnin yang telah berkhidmat dengan KKM selama 24 tahun berkata, beliau pernah bekerja pada Hari Raya Aidilfitri tujuh kali berturut-turut namun akur ia adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.
"Raya atau bukan raya, kita terikat dengan kerja dan perlu berkhidmat mengikut jadual yang ditetapkan. Emosi perlu diketepikan demi tugasan. Nyawa dan kesihatan individu lagi penting, lagi-lagi waktu pandemik ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) menyapa petugas-petugas di Hospital Putrajaya pada hari pertama Aidilfitri
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.