Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro AWANI.
Penyunting visual, Khairul Anuar Che Ramli, 33, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi Ahad di Hospital Ampang Puteri pada Ahad.
Allahyarham dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu.
Khairul Anuar kemudiaanya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi, (ICU) pada petang Sabtu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
Salah seorang sepupu Allahyarham, Farina dia tidak menyangka demam biasa yang dialami sepupunya itu akhirnya membawa ajal.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Antarabangsa Ukay Perdana dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda Gombak sebelum solat Asar pada Ahad.
Dikenali sebagai seorang yang periang, Allahyarham disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu.
Mula bekerja di Astro AWANI sejak 2006, Khairul Anuar yang turut mesra disapa panggilan Samson meninggalkan seorang isteri, Zamila Razeman, 27 dan anak lelaki berusia setahun.
Kami di Astro AWANI akan menjalankan kempen #CukupSetakatSamson bagi memerangi habis-habisan wabak denggi di negara ini.
Bagi menyatakan sokongan anda, sila klik like di www.facebook.com/CukupSetakatSamson.
Astro Awani
Mon Mar 03 2014
[TERKINI] Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah Kedai Perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya.
Kedai perabot berhampiran LDP musnah dijilat api
Sebuah kedai perabot musnah hampir 100 peratus selepas dijilat api dalam kejadian di Jalan SS8/7, Petaling Jaya .
Menteri Alam Sekitar G20 sokong dana pemuliharaan hutan
Menteri-menteri alam sekitar dari negara Kumpulan 20 pada Khamis bersetuju untuk menyokong penubuhan dana bagi perkhidmatan ekosistem, sekaligus cadangan Brazil untuk tabung amanah bagi pemuliharaan hutan.
Inisiatif Brazil itu, yang dikenali sebagai fasiliti kemudahan hutan tropika selama-lamanya, yang akan membantu negara-negara berkaitan untuk melindungi biom kritikal.
Inisiatif Brazil itu, yang dikenali sebagai fasiliti kemudahan hutan tropika selama-lamanya, yang akan membantu negara-negara berkaitan untuk melindungi biom kritikal.
45 individu maut, dua kapal karam di laut merah
Dua kapal yang membawa pelarian dari Afrika karam di Laut Merah, berhampiran Persisiran Pantai Djibouti, mengakibatkan 45 terbunuh.
Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kapal yang berlepas dari Yaman itu membawa 310 orang.
Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kapal yang berlepas dari Yaman itu membawa 310 orang.
Jumlah mpox di Uganda meningkat kepada 41 kes
Jumlah kes mpox yang disahkan di Uganda meningkat kepada 41 dalam tempoh dua minggu lalu, menurut data yang dibentangkan dalam satu konsortium serantau mengenai penyakit ini.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.
Islamabad tutup, telco disekat menjelang himpunan anti-kerajaan
Pihak berkuasa di Pakistan menutup ibu negaranya, Islamabad selain menyekat perkhidmatan telefon bimbit pada Jumaat bagi menghalang perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas perdana menteri yang dipenjarakan, Imran Khan.
Malaysia perlu aktif teroka pasaran baharu
Sudah tiba masanya untuk Malaysia tidak lagi terlampau bergantung dengan pelaburan daripada kuasa-kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, China, atau dari Eropah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia selama ini mungkin terlepas pandang tentang negara-negara yang mempunyai potensi hubungan bilateral yang cukup luas, tetapi tidak diteroka sepenuhnya, seperti Pakistan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia selama ini mungkin terlepas pandang tentang negara-negara yang mempunyai potensi hubungan bilateral yang cukup luas, tetapi tidak diteroka sepenuhnya, seperti Pakistan.
Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi pada pemilihan parti Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Syarikat teknologi tempatan perlu kembang perniagaan
Kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini susulan pelaburan asing yang mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital negara.
Perangi denggi: Astro AWANI lancar kempen #CukupSetakatSamson
Wabak denggi yang menular ketika ini turut meragut nyawa salah seorang warga kerja Astro Awani.