awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perantau disaran juga laluan alternatif elak kesesakan lalu lintas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/04/2022
23:50 MYT
Perantau disaran juga laluan alternatif elak kesesakan lalu lintas
Superintendan Sik Choon Foo menyampaikan pek makanan kepada para pengguna jalan raya Stesen Timbang JPJ, Tanah Putih. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, perantau yang mahu pulang berhari raya melalui jalan Gua Musang disarankan menggunakan jalan alternatif walaupun laluan tersebut mengambil masa lebih lama.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, selain jalan biasa Gua Musang - Kuala Krai, perantau boleh menggunakan jalan alternatif Gua Musang - Jeli.
Katanya, jalan alternatif Gua Musang - Jeli boleh melalui Jelawang dari Simpang Pulai Cameron Highlands dan Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu.
"Kalau hari ini kita terdapat sembilan kes kemalangan ringan tak melibatkan kecederaan parah iaitu lebih kepada kemalangan langgar belakang.
"Kita tak dapat nak nafikan apabila banyak kenderaan akan menyebabkan kita kurang berhati-hati disebabkan mungkin kita penat dan terlampau lama kita memandu di atas jalan.
"Jadi nasihat daripada pihak polis supaya pemandu ini sekiranya penat berhenti dulu agar rehat di hentian Rehat dan Rawat supaya kita dapat tenaga semula," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada Jumaat.
Sebanyak 250 pek makanan disampaikan kepada perantau di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan.
Antara agensi yang terlibat ialah polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kelab Lion Gua Musang.
Tambah Choon Foo, pihaknya turut menasihatkan perantau supaya berhati-hati apabila melalui tujuh kawasan kerap kemalangan seperti di Jalan Persiaran Raya, Kilometer 20 - 35 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, KM 56 - 58 Jalan Gua Musang- Kuala Krai , KM 61 - 70 Jalan gua Musang - Kuala Krai, KM 11 - 14 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, KM 20 - 22 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis dan KM 48 - 56 Jalan Gua Musang - Lojing.
Topic Berkaitan
#laluan alternatif
#Aidilfitri
#perantau
#kesesakan lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan