awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraturan baharu MM2H diluluskan, jangka diumum dalam masa terdekat - Tiong

Bernama
Bernama
14/06/2024
08:45 MYT
Peraturan baharu MM2H diluluskan, jangka diumum dalam masa terdekat - Tiong
Tiong berkata dengan pelaksanaan peraturan baharu itu, pihaknya mahu syarikat atau ejen yang menyediakan program MM2H memberi perkhidmatan yang terbaik. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peraturan baharu bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) mendapat kelulusan Kabinet dan pengumuman mengenai perinciannya dijangka dibuat dalam masa terdekat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Sesi Pemantapan Pelan Tindakan Pemasaran Pejabat Tourism Malaysia Luar Negara di sini hari ini.
Tiong berkata dengan pelaksanaan peraturan baharu itu, pihaknya mahu syarikat atau ejen yang menyediakan program MM2H memberi perkhidmatan yang terbaik sekali gus menjaga imej negara.
MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia sebelum dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengkaji serta menilai semula program itu secara komprehensif.
Sejak Okt 2021, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.
Sementara itu, Tiong berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan bersama-sama pengusaha bas persiaran pada Julai ini bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah dihadapi pengusaha bas persiaran.
Beliau berkata mesyuarat itu antara lain sebagai persediaan bagi program Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program malaysia rumah keduaku
#mm2h
#Tiong King Sing
#kementerian pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan