awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraturan berhijab: Iran tutup ibu pejabat peruncit dalam talian

Bernama
Bernama
24/07/2023
10:26 MYT
Peraturan berhijab: Iran tutup ibu pejabat peruncit dalam talian
Selama berbulan-bulan, ramai wanita mengabaikan peraturan mengenai pakaian yang mematuhi syariat Islam yang dikuatkuasakan di Iran. - Gambar hiasan/Reuters
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran menutup ibu pejabat peruncit dalam talian terbesar di negara itu kerana enggan mematuhi peraturan berhijab, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bangunan peruncit Internet Digikala di Tehran telah ditutup, lapor akhbar Shargh pada Ahad.
Sebelum itu, tersiar foto sekumpulan kakitangan Digikala, termasuk beberapa wanita tidak berhijab.
Pengguna masih boleh membuat pesanan secara dalam talian.
Selama berbulan-bulan, ramai wanita mengabaikan peraturan mengenai pakaian yang mematuhi syariat Islam yang dikuatkuasakan di Iran.
Ekoran itu, awal bulan ini polis mula membuat rondaan yang sebelum ini dihentikan susulan protes besar-besaran di bandar-bandar besar tahun lepas bagi menguatkuasakan peraturan berhijab.
Rondaan di seluruh negara itu bertujuan untuk mengesan mereka yang melanggar peraturan. Draf undang-undang juga memperuntukkan hukuman yang lebih keras kepada individu yang ingkar.
Protes besar-besaran tercetus pada musim luruh 2022 terhadap kepimpinan politik dan agama negara itu, susulan kematian wanita Kurdish Iran Mahsa Amini, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan kerana melanggar peraturan berpakaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#hijab
#Peraturan
#pekerja wanita
#syarikat dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan