awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU

Bernama
Bernama
17/02/2024
13:03 MYT
Peraturan lebih ketat bagi platform jualan dalam talian di EU
Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang. - Gambar hiasan
BRUSSELS: Sebarang platform dalam talian yang boleh diakses di Eropah dikenakan peraturan lebih ketat mulai Sabtu termasuk berkaitan perlindungan pengguna dan ketelusan pengiklanan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut Suruhanjaya Eropah, pengguna mesti diberi peluang untuk melaporkan kandungan, barangan dan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.
Penyedia platform dalam talian seperti Google, Amazon dan YouTube telah mematuhi peraturan terbabit - yang merupakan sebahagian daripada Akta Perkhidmatan Digital (DSA) sejak Ogos 2023.
Platform terbabit harus menyediakan maklumat tentang iklan yang dipaparkan termasuk mengapa iklan berkaitan dipaparkan kepada pengguna dan siapa yang telah membayar untuk tujuan itu.
Di samping itu, kanak-kanak di bawah umur akan diberi perlindungan khas.
Persatuan digital Bitkom berkata tindakan terbabit merupakan langkah penting demi melindungi pengguna internet di EU.
Pengguna akan dilindungi daripada maklumat salah, ucapan kebencian dan produk palsu manakala keselamatan dalam talian akan dipertingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#platform dalam talian
#peraturan ketat
#Kesatuan Eropah
#perlindungan pengguna
#pengiklanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan