awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peratus ponteng sekolah meningkat menerusi pelaksanaan sistem SSDM - Exco

Bernama
Bernama
24/04/2019
20:48 MYT
Peratus ponteng sekolah meningkat menerusi pelaksanaan sistem SSDM - Exco
Sistem SSDM kini merekodkan maklumat yang lebih terperinci berbanding sebelum ini. - Gambar hiasan
Peratus ponteng sekolah di negeri ini dari 2016 hingga 2018 mencatat peningkatan ketara ekoran pelaksanaan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) di semua sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata sebelum itu aplikasi berkenaan hanya merekodkan salah laku disiplin murid tanpa mengisi Amalan Baik SSDM setiap murid.
"Dan bukan semua rekod disiplin dilaporkan oleh pihak sekolah kerana persepsi imej tidak baik digambarkan kepada pihak sekolah melalui data-data ini pada ketika itu. Tapi kini ia merekodkan data maklumat yang lebih terperinci bagi melaporkan semua isu disiplin serta Amalan Baik SSDM setiap murid.
"Peratus murid ponteng menunjukkan peningkatan dari 0.24 peratus pada 2014, 0.22 (2015), 0.54 (2016), 2.52 (2017) dan 4.74 (2018). Secara purata peratus ponteng di negeri ini dalam tempoh lima tahun dari 2014 hingga 2018 adalah sebanyak 1.65 peratus," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Chew Seh Yong (DAP-Lobak) mengenai jumlah pelajar sekolah yang ponteng dan dibuang sekolah serta tercicir daripada sambung belajar di seluruh Negeri Sembillan sejak 2014 hingga 2018.
Tambahnya selaras dengan 'tagline' JPNS iaitu 'Jom Poie Nolong Sekolah' dan melahirkan 'Anak Yang Baik lagi Cerdik', beberapa tindakan telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengurangkan masalah yang berkaitan dengan disiplin dan sahsiah murid khususnya masalah ponteng antaranya operasi ponteng.
"Operasi ponteng dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Majlis Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan di lokasi dikenal pasti pada setiap daerah setiap enam kali dalam setahun pada peringkat Pejabat Pendidikan Daerah.
"Selain itu, Pelaksanaan Amalan Naik; Mesyuarat Permuafakatan antara JPNS dan PDRM; Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid; Amalan Guru Penyayang; Program Ziarah Cakna 2019; Sesi Bimbingan dan Kaunseling dan Bantuan Anak ke Sekolah (N9 BAS)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amalan Baik SSDM
#Dr Mohamad Rafie Ab Malek
#ponteng sekolah
#Sistem Sahsiah Diri Murid
#SSDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan