KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mendedahkan bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan tunai untuk membuat pembayaran turun 11 peratus kepada 78 peratus daripada 89 peratus sebelum pandemik.
Berdasarkan kepada dapatan kaji selidik 'PayNet Digital Payments Insights Study 2022' yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut, sama seperti dapatan di negara-negara lain.
"Bagaimanapun, rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan tunai dalam pembayaran harian (48.4 peratus) dan kurang di kawasan bandar (36.2 peratus), kemungkinan disumbang oleh peningkatan pembayaran QR, kepercayaan tinggi terhadap kad kredit serta kebimbangan kaedah menggunakan tunai akan menyebabkan mudah dijangkiti virus pandemik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PayNet berkata perniagaan, kecuali di wilayah Pantai Timur dan Selatan, mengalami perubahan dalam tingkah laku pembayaran pelanggan sejak pandemik dengan tunai tidak lagi menjadi kaedah pembayaran utama manakala di wilayah Utara menunjukkan perubahan paling ketara.
Laporan itu juga mengetengahkan keutamaan transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pembayaran digital dan menyenaraikan empat pemacu utama bagi mengekalkan pembayaran digital.
Kaji selidik itu membentangkan dapatan daripada kajian lapangan dalam suku keempat 2021 untuk mendapatkan pemahaman mendalam mengenai keutamaan pembayaran orang ramai dan perniagaan dengan tumpuan khusus kepada relevan penggunaan tunai dan penerimagunaan pembayaran digital oleh PKS.
"Ini merupakan kajian sulung kami dan kami merancang melaksanakan kajian lagi pada masa hadapan untuk memahami dengan lebih mendalam tingkah laku pembayaran rakyat, sikap yang memacu perubahan dalam keutamaan pembayaran, bagi memastikan PayNet dan ekosistemnya mengekalkan infrastruktur pembayaran pusat yang selamat, cekap, diyakini dan inklusif bagi Malaysia," kata ketua pegawai eksekutif PayNet Group, Peter Schiesser.
Bagi maklumat lanjut mengenai laporan itu, boleh layari https://paynet.my/publications/Digital-Payments-Insights-Study-2022.pdf.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut sejak adanya pilihan pembayaran digital. - Gambar hiasan
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi
Tiga lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan tukul besi.
Polis tumpaskan 'Geng Yan' aktif kegiatan pecah rumah
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Yan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan Kota Marudu melibatkan kerugian kira-kira RM636,000, pada 12 Mac lepas.
Syarikat tampil dakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 milik mereka
Siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit.
20 warga emas ditahan terlibat kegiatan perjudian di Pulau Pinang
Dua puluh warga emas antara 97 individu ditahan kerana terlibat kegiatan perjudian dalam 14 serbuan menerusi Op Limau 2024 dilaksanakan selama 10 hari bermula 15 Feb lepas.
TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.
Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang warga Zambia ditahan.
Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas cuba menyogok anggota itu sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen sah di sini Isnin lepas.