awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbalahan Pemuda UMNO, Pemuda PPBM kebudak-budakan - KPN

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2017
06:45 MYT
Perbalahan Pemuda UMNO, Pemuda PPBM kebudak-budakan - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegur tindakan pergelutan yang berlaku di antara ahli Pemuda Umno dan ahli Pemuda PPBM dan menyifatkan sebagai kebudak-budakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menegur pergelutan yang berlaku di antara ahli Pemuda UMNO dan ahli Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selasa lalu sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sebagai kebudak-budakan.
“Biarlah dia orang siasat dulu. Ini kecoh-kecoh macam itu orang kata perkara remeh.
“Kita ini orang dewasa bukan budak-budak lagi. Orang kata kedewasaan kita itulah menunjukkan kedewasaan.
“Kita ini terlibat dalam benda-benda macam tu pada saya memalukanlah,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan PDRM peringkat Bukit Aman di ibu negara pagi tadi.
Katanya lagi, susulan itu pihak polis sudah menyoal 11 orang berhubung kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.
Dalam kejadian itu, sekumpulan 30 pemuda PPBM yang membawa jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum “Nothing To Hide 2.0” telah dihalang lebih 100 ahli Pemuda UMNO.
Topic Berkaitan
#Oemuda PPBM
#Pemuda UMNO
#Tan Sri Khalid Abu Baka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan