awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Perbelanjaan pelancong domestik cecah RM106.7 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
19/06/2025
04:00 MYT
Perbelanjaan pelancong domestik cecah RM106.7 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah
Menutup suku pertama tahun 2025, jumlah perbelanjaan pelawat domestik terus melonjak sebanyak 22.1 peratus kepada RM29.4 bilion, menunjukkan momentum positif sektor ini berterusan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan domestik Malaysia mencatat sejarah baharu apabila jumlah perbelanjaan pelawat tempatan melonjak kepada RM106.7 bilion pada 2024, meningkat 25.6 peratus berbanding RM84.9 bilion pada 2023.

Ringkasan AI
  • Perbelanjaan pelancongan domestik Malaysia melonjak kepada RM106.7 bilion pada 2024, meningkat 25.6% berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan pelancong bermalam dan harian.
  • Tempoh penginapan dan kepelbagaian pilihan tempat tinggal meningkat, dengan homestay mencatat lonjakan penggunaan, mencerminkan minat terhadap pengalaman budaya tempatan.
  • Melawat saudara-mara kekal sebagai motivasi utama perjalanan, manakala membeli-belah masih menyumbang perbelanjaan tertinggi walaupun berlaku sedikit penurunan dalam tujuan tersebut.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Khamis, lonjakan ini didorong oleh peningkatan perbelanjaan pelancong bermalam sebanyak 20.6 peratus dan pelawat harian sebanyak 33.8 peratus.
“Pertumbuhan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pelancongan domestik yang semakin pulih pasca pandemik, di samping rangsangan ekonomi yang kukuh dan infrastruktur perjalanan darat yang lebih baik,” kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Purata tempoh penginapan turut meningkat kepada 2.49 malam pada 2024 berbanding 2.45 malam pada 2023, menunjukkan rakyat Malaysia semakin gemar merancang percutian domestik lebih lama.
Dalam aspek pilihan penginapan, sebanyak 60.4 peratus pelancong memilih untuk menginap bersama saudara-mara dan rakan, namun terdapat lonjakan dalam penggunaan homestay yang meningkat kepada 8.6 peratus (2023: 6.7%).
Hotel pula terus kekal sebagai pilihan utama penginapan berbayar, merangkumi 21.7 peratus daripada keseluruhan penginapan.
“Trend penginapan menunjukkan kepelbagaian selera pelancong tempatan yang kini semakin terbuka kepada penginapan bukan konvensional seperti homestay, selari dengan pengalaman budaya yang lebih autentik,” ujar beliau lagi.
Dari segi motivasi perjalanan, melawat saudara-mara dan rakan kekal menjadi tujuan utama, merangkumi 34.6 peratus daripada keseluruhan perjalanan.
Sebaliknya, tujuan membeli-belah menunjukkan sedikit penurunan kepada 27.6 peratus daripada 32.6 peratus pada 2023.
Walaupun begitu, membeli-belah masih mencatat perbelanjaan tertinggi iaitu 37.4 peratus daripada jumlah perbelanjaan, diikuti makanan dan minuman (16.2%) serta bahan api kenderaan (12.7%).
Selangor mencatat bilangan pelawat domestik tertinggi dengan 34.5 juta, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (27 juta) dan Perak (21.8 juta).
Perak turut menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong sebanyak 36.1 peratus kepada 10.2 juta pada 2024.
Menutup suku pertama tahun 2025, jumlah perbelanjaan pelawat domestik terus melonjak sebanyak 22.1 peratus kepada RM29.4 bilion, menunjukkan momentum positif sektor ini berterusan.
Topic Berkaitan
#DoSM
#pelancongan domestik
#Tahun Melawat Malaysia 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami