awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbetul, lengkapkan diri sebelum mahu betulkan negara

Israr Khalid
Israr Khalid
22/10/2021
03:00 MYT
Perbetul, lengkapkan diri sebelum mahu betulkan negara
Masa depan yang lebih baik dan segar datangnya daripada generasi yang berperibadi tinggi dan berpengetahuan luas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Setiap anggota masyarakat, anak muda khususnya, perlu memperbetulkan diri sendiri sebelum mahu membawa perubahan dalam negara.
Kata pengasas EB Tech, Moses Lenjau Vinsien, pada masa sama anak muda juga harus melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan misi tersebut.
“Ada satu buku saya baca, ia menggariskan 12 peraturan hidup di mana salah satunya 'susun atur rumah anda sendiri sebelum kamu mengkritik dunia'.
“Jadi sebagai anak muda walaupun kita mahu mengkritik dunia, mahu mencipta perubahan dalam masyarakat, apa yang perlu kita perlu pastikan adalah kita sebagai manusia perlu berupaya, berpengetahuan dan bersedia untuk melakukan segalanya,” katanya.
Undi18 sememangnya amat disokong Moses sebagai cara untuk memperbanyakkan suara anak muda dalam sistem penggubalan dasar demi masa depan yang lebih segar dan relevan.
Bagaimanapun tegas Moses, anak muda harus tahu bagaimana kerajaan berfungsi, ekonomi beroperasi dan impak kepimpinan kerajaan terhadap kehidupan generasi muda di negara ini.
Moses antara panel jemputan dalam program Dialog Tiga Penjuru dihoskan oleh Dzulfitri Yusop pada Khamis.
Tonton di sini:
Anak muda perlu perbetulkan diri sebelum mahu ubah negara
Dialog Tiga Penjuru: Tolak Pemimpin Munafik
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#anak muda
#perubahan
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan