Skip to main content

Dunia

Iran kekal cadangan dua hari, beri amaran AS tidak sambung serangan

Abbas Araghchi, Menteri Luar Iran. - Gambar fail/AP
Abbas Araghchi, Menteri Luar Iran. - Gambar fail/AP
Advertisement

ISTANBUL: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Ahad berkata cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari masih terbuka, sambil menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran dan memberi amaran mengenai tindak balas ketenteraan sekiranya Washington menyambung semula serangan, lapor Anadolu Ajansi.

"Pengundi Amerika telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih membuat pilihannya sendiri," tulis Araghchi menerusi platform media sosial X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

"Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan dan anda akan melihat hasilnya," katanya.

Advertisement

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya Washington memilih peperangan, tentera Iran akan melancarkan serangan besar-besaran.

Pada Isnin, jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei berkata cadangan tujuh langkah Tehran yang kali pertama dikemukakan pada September masih menjadi asas rundingan tidak langsung dengan Washington dan telah diringkaskan supaya dapat dilaksanakan dalam tempoh dua hari.

Advertisement

 

 

Qatar, yang bertindak sebagai pengantara antara Washington dan Tehran pada Sabtu menafikan laporan bahawa kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement