awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut

Bernama
Bernama
21/03/2023
06:46 MYT
Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Tahun lepas Siti Nuramira dalam persembahan pentas di Kelab Komedi Crackhouse dikatakan mengaku sebagai Muslim yang menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit akibat gastroenteritis.
Peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, 27, memaklumkan perkara itu semasa prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.
"Saya dimaklumkan pada pagi ini bahawa anak guam saya telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan didiagnosis dengan gastroenteritis yang menyebabkan dia demam, muntah dan kekejangan perut.
"Saya diberikan sijil cuti sakit Siti Nuramira, tapi saya hanya mempunyai salinan digital. Penjamin akan hadir ke mahkamah untuk membawa salinan asal cuti sakit berkenaan," kata peguam itu pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob.
Nor Hasniah kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini selepas melihat salinan asal sijil cuti sakit yang diserahkan kepada mahkamah oleh penjamin Siti Nuramira yang dikenali sebagai Kiran.
Pada 13 Julai tahun lepas, Siti Nuramira dalam persembahan pentas di Kelab Komedi Crackhouse dikatakan mengaku sebagai Muslim yang menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung, dan perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Nuramira Abdullah
#suasana tidak harmoni
#perbicaraan ditangguh
#cuti sakit
#kelab komedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan