Ketua Makmal Pusat Analisis Agen Kimia, Jabatan Kimia Malaysia Dr S. Raja akan dipanggil semula untuk menjawab beberapa soalan tambahan dalam perbicaraan kes bunuh warga Korea Utara, Kim Jong Nam.
Hakim, Datuk Azmi Ariffin berkata, Dr Raja akan disapina dan dijadual dipanggil semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Februari depan.
Prosiding masuk hari ke-27 hari ini.
Dr Raja merupakan saksi kelapan dalam perbicaraan kes Jong Nam.
Terdahulu, prosiding menyambung semula keterangan saksi ke-31 iatu penyelia Keselamatan CCTV Gateway@klia2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Syed Fakhruzaman Mohd Mokhtar, 45 tahun.
Prosiding hari ini turut menyambung menyiarkan baki sebanyak 16 Cakera Video Digital (DVD) dan Cakera Video (CD) rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan 70 klip berkaitan kejadian bunuh Jong Nam.
Turut memberi keterangan , juruanalisa audio video Makmal Forensik PDRM Cheras, ASP Mohd Hanizan Mohd Rosly yang telah menganalisa lebih 580 keping gambar yang diambil dari DVD CCTV di KLIA 2.
BACA: Perbicaraan kes bunuh Kim Jong Nam: Rakaman CCTV tidak disunting - saksi
BACA: Prosiding Jong Nam: Prosiding ditangguh, saksi lupa bawa diari
Sebelum itu, suspek, warga Indonesia, Siti Aisyah, 26 tahun dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29 tahun yang didakwa membunuh Jong Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2 kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari tahun lalu tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pukul 8.20 pagi.
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 29 2018
Dr Raja akan disapina dan dijadual dipanggil semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Februari depan. - Gambar AWANI / Shahir Omar
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Malaysia berhasrat perkukuh kerjasama strategik 'twin city' Putrajaya-Shanghai
Dr Zaliha Mustafa hari ini menyuarakan hasrat memperkukuh kerjasama strategik twin city antara Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dengan Shanghai melalui program pertukaran kepakaran.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.