IPOH: Perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga 27 September depan.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan dua saksi pendakwaan pada prosiding hari ini.
Mereka ialah Penyelia Pengurusan Hartanah Meru Desa Park A. Murugiah, yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan kediaman ADUN itu, dan Lee Yeong Wai, 39, rakan tertuduh yang pulang dari Kuala Lumpur bersama dengan Yong serta isterinya pada malam kejadian.
Murugiah memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup bersama dengan Ketua Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mendapati seorang wanita telah keluar dari Meru Desa Park menuju ke arah jalan utama pada 1.23 petang 8 Julai 2019, iaitu sehari selepas kejadian, selepas berbual dengan pengawal keselamatan yang bertugas.
Lee pula berkata mereka tiba di rumah Yong pada kira-kira 8.30 malam dan berbual sebentar sebelum saksi itu pulang ke rumahnya.
"Sepanjang berada di anjung luar, saya tidak pernah jumpa pembantu rumah," katanya sambil menambah ketika itu, Yong masih mengenakan pakaian sama iaitu kemeja T hitam berkolar dan seluar panjang warna sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dengan dibantu oleh Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin manakala pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh.
Mahkamah telah mendengar keterangan 22 saksi sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lepas.
Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Yong didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Yong sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019. - Gambar fail
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.
Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.
Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.
RUU perogol dihukum mati, penjara seumur hidup di India
Dewan Perhimpunan Bengal Barat, India meluluskan RUU untuk mengenakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas perogol yang mengakibatkan kematian atau kesan psikologi terhadap mangsa.