awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan kes tuntutan cerai Nurul Izzah ditangguh 11 Mac

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2014
05:28 MYT
Perbicaraan kes tuntutan cerai Nurul Izzah ditangguh 11 Mac
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (kanan) hadir bersama peguamnya pagi tadi - Foto Bernama
Kes tuntutan cerai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditangguhkan kepada 11 Mac.
Nurul Izzah, 33, memfailkan tuntutan perceraian daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Menurut laporan The Star, peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah berkata mereka masih lagi membincangkan tentang perkara ini dengan harapan untuk menyelesaikannya secara baik.
Walau bagaimanapun , prosiding perceraian ini diteruskan di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik) Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
Tarikh itu ditetapkan oleh hakim Syariah Ab Malek Awang selepas peguam kedua-dua pihak bertemu di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Sri Hartamas pada hari Selasa.
Tarikh itu juga sama dengan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kajang di mana bapa Nurul Izzah , Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding.
Kes itu disebut buat pertama kali di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang pada 21 Januari.
Pada bulan Januari, beliau menafikan di Twitter bahawa telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya pada Dissember lalu.
@msaiful82 wassalam. Nope
— Nurul Izzah (@n_izzah) January 23, 2014
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkahwin pada 9 Mei 2003.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah
#Raja Ahmad Shahrir Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan