KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyerahkan salinan percakapan seorang saksi utama yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2020 kepada mahkamah.
Ini selepas Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Azhar Abdul Hamid bersetuju pihak pembelaan berjaya membuktikan terdapat perbezaan dalam keterangan yang direkod oleh SPRM dan keterangan lisan saksi pendakwaan ke-13, bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Rafiq Hakim Razali.
Azhar berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.
"Saya mengarahkan pihak pendakwaan untuk menyerahkan salinan rakaman percakapan saksi Rafiq Hakim untuk penelitian dan pertimbangan sebelum tindakan seterusnya (tindakan mencabar kredibiliti saksi) ditentukan," kata Azhar.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin kemudian bertanya sama ada salinan percakapan itu perlu diserahkan kepada Yang Arif Hakim sahaja atau diberi juga kepada pihak lain.
Azhar berkata salinan percakapan perlu diserahkan kepada mahkamah terlebih dahulu untuk penelitian bagi mengesahkan perbezaan yang terdapat dalam keterangan lisan dan rakaman percakapan berkenaan, sebelum permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi ditentukan.
Jumaat lepas (22 Julai), Syed Saddiq yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon untuk mencabar kredibiliti Rafiq Hakim susulan terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan yang direkod SPRM dan keterangan lisannya di mahkamah, berhubung prosedur pengeluaran RM1 juta daripada akaun bank Armada.
Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo berhujah percanggahan itu merujuk kepada masa dan tempat arahan yang didakwa diberikan oleh Syed Saddiq kepada Rafiq Hakim dan Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi untuk mengeluarkan RM1 juta dan tujuan acara kutipan dana di Muar.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahguna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan. - Gambar fail

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

Perbicaraan Syed Saddiq: Mahkamah arah pendakwaan serah salinan percakapan saksi utama
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid berkata perbezaan dalam kedua-dua keterangan tersebut turut diakui oleh pihak pendakwaan.