KUCHING: Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala mengenai perkara tersebut minggu lepas.
"Penyeragaman ini adalah untuk memastikan hak pekerja di Malaysia sama ada di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak dapat disamakan.
"Kami telah memberikan pandangan dan cadangan dalam perjumpaan (dengan Gerawat) tersebut. Kami difahamkan, perkara ini juga akan dibawa untuk dibincangkan dengan Kabinet Negeri Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata penyelarasan melalui pindaan Ordinan Buruh Sarawak itu akan membolehkan pekerja tempatan di Sarawak menikmati hak dan manfaat yang sama seperti rakyat di negeri lain.
"(Penyelarasan ini juga perlu kerana) sebelum ini ada beberapa pindaan yang dibuat pada Akta Kerja yang belum lagi dimasukkan ke dalam Ordinan Buruh Sarawak seperti waktu bekerja, gaji dan sebagainya," katanya.
Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan tahun lalu yang antaranya memperuntukkan masa kerja disingkatkan daripada 48 jam kepada 45 jam, cuti paterniti ditingkatkan kepada tujuh hari dan pindaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Steven Sim (dua, kiri) ketika menghadiri program Kesuma MADANI sempena Tahun Baharu Cina hari ini. -Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perbincangan selaraskan Ordinan Buruh Sarawak di peringkat akhir - Steven Sim
Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh - Kulasegaran
Persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.