awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percanggahan kata-kata Dr Mahathir tentang Soros memalukan - Salleh

Bernama
Bernama
05/11/2016
15:59 MYT
Percanggahan kata-kata Dr Mahathir tentang Soros memalukan - Salleh
SALLEH: Apabila ekonomi Malaysia merudum, Mahathir enggan bertanggungjawab dan dipersalahkan, sebaliknya beliau mempersalahkan Soros. -Gambar fail
Percanggahan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai jutawan George Soros pada masa dahulu dan sekarang adalah sangat ketara sehingga memalukan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata bekas perdana menteri itu menyalahkan Soros ketika ekonomi Malaysia merudum tetapi hari ini, Dr Mahatir menyatakan perkara yang sebaliknya daripada apa yang pernah beliau perkatakan.
Katanya ulasan terkini Dr Mahathir mengenai Soros menunjukkan perbuatannya yang paling teruk sejak dua tahun lepas, semasa beliau mula menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Apabila ekonomi Malaysia merudum, Mahathir enggan bertanggungjawab dan dipersalahkan, sebaliknya beliau mempersalahkan Soros," kata Salleh dalam entri terbaharu blognya (http://sskeruak.blogspot.my/).
Menurutnya Dr Mahathir juga membuat kenyataan anti-Yahudi, yang sekiranya dibuat di negara lain, beliau pasti ditangkap dan dipenjarakan atau dipaksa meletakkan jawatan. "Beliau berani merujuk orang Yahudi sebagai orang berhidung bengkok. "Mahathir juga menentang keras demonstrasi jalanan dan ramai pembangkang ditangkap dan didakwa atau ditahan tanpa perbicaraan kerana menganjur dan mengambil bahagian dalam demonstrasi semasa beliau menjadi Perdana Menteri," katanya.
Salleh berkata Dr Mahathir turut mengecam demonstrasi jalanan sebagai konspirasi Barat untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
"Hari ini, Soros adalah seorang lelaki yang baik kerana membiayai kumpulan-kumpulan yang cuba menggulingkan kerajaan manakala demonstrasi adalah cara yang bagus dan sah untuk menukar kerajaan.
"Apakah Mahathir ingat apa yang beliau pernah katakan atau adakah dia fikir kita sudah lupakannya? Politik adalah satu perkara tetapi 'maruah' perlu didukung dalam permainan politik kerana jika kita kehilangan 'maruah', tiada apa lagi yang tinggal buat kita," katanya.
Baru-baru ini, DC Leak mendakwa bahawa Open Society Foundations (OSF) yang dimiliki Soros telah memberikan dana kepada beberapa organisasi tempatan termasuk Bersih, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti (Empower), Islamic Renaissance Front, Merdeka Centre for Opinion Research, Penang Institute, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Citizen Journalists Malaysia (Sabah) and the Committee For Free Elections (Comfrel).
OSF juga didakwa cuba mempengaruhi pilihan raya negara pada 2018 melalui program-program seperti kempen menggerakkan pengundi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#ekonomi Malaysia merudum
#George Soros
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan