awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri arahkan ESSCOM segera kaji sistem kawalan secara terperinci

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2014
10:23 MYT
Perdana Menteri arahkan ESSCOM segera kaji sistem kawalan secara terperinci
Perdana Menteri mahu sistem kawalan di ESSCOM kaji secara terperinci - Gambar Fail
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dikaji semula secara terperinci memandangkan ancaman dari selatan Filipina adalah begitu serius.
Perdana Menteri berkata, kumpulan militan tersebut mempunyai senjata yang banyak sehingga berkemampuan melakukan serangan hendap serta membolosi kawalan pihak berkuasa menerusi pergerakan pada waktu malam.
Najib berkata perkara paling penting yang perlu diberikan tumpuan ketika ini ialah bilangan anggota keselamatan yang membuat kawalan di sepanjang Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
"Mereka mendapat maklumat tentang pergerakan kawalan kita. Ini merupakan cabaran yang begitu serius dan saya minta pihak ESSCOM kaji semula sistem kawalan mereka secara terperinci, yang mana jika tidak cukup anggota mereka perlu tambah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pembangunan negeri di sini hari ini.
Najib mengulas perkara berkenaan berikutan serangan terbaru kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna Sabah, malam tadi.
Najib juga memberitahu perkara ini adalah keutamaan kepada Ketua Operasi ESSCOM yang baru Datuk Abdul Rashid Harun.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Najib Tun Razak
#Pulau Mabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan