awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri dijangka mohon tambah kuota haji dan kebenaran umrah

Najib Aroff
Najib Aroff
09/03/2021
14:25 MYT
Perdana Menteri dijangka mohon tambah kuota haji dan kebenaran umrah
Ketibaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman di ibu negara itu disambut oleh Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud. - Foto BERNAMA
RIYADH: Permohonan menambah kuota haji dijangka menjadi perkara utama dibentangkan oleh perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu sesi menghadap Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman pada Selasa.
Permohonan itu dibentangkan susulan peningkatan jumlah populasi Malaysia yang memerlukan peningkatan kuota.
Setakat ini Malaysia mempunyai kuota berjumlah 31,600 untuk jemaah Haji.
Berdasarkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota haji bagi setiap negara ditetapkan pada 1 peratus daripada populasi.
Antara perkara lain yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri termasuk memohon kebenaran Jemaah Umrah Malaysia untuk melakukan ibadah itu secepat mungkin.
Berkaitan hubungan bilateral pula, Majlis Penyelarasan Arab Saudi Malaysia (SMCC) yang akan menjadi platform hubungan bilateral bagi rundingan berkala kedua pihak, dijangka dipersetujui dalam pertemuan ini.
Selain itu Malaysia juga berhasrat mengkaji peluang untuk membuka pejabat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Arab Saudi bagi menggalakkan perkembangan sektor berkenaan.
Muhyiddini turut dijangka menzahirkan rasa penghargaan kepada Arab Saudi kerana menjemput Malaysia selaku negara pertama berkunjung ke Arab Saudi pasca Persidangan Al Ula pada 5 Januari lalu.
Selain itu, Perdana Menteri dijangka menyatakan penghargaan atas sumbangan Arab Saudi dalam membekalkan kelengkapan perubatan kepada Malaysia melalui Pusat Pertolongan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief) dalam mendepani wabak COVID-19.
Pertemuan tersebut bakal menutup tirai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi sebelum meneruskan lawatan rasmi beliau ke Emeriah Arab Bersatu (UAE) sehingga 11 Mac.
Topic Berkaitan
#kuota haji
#umrah
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Putera Mohammed bin Salman
#Jemaah Umrah Malaysia
#Malaysia
#Arab Saudi
#COVID-19
#lawatan rasmi
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan